Tuesday, 3 June 2014

AMBIK KORANG! PEGAWAI JAKIM SEDIA MAKAN COKLAT CADBURY!

-PADA SESIAPA YANG TAK PERCAYA KEPADA STATUS HALAL COKLAT CADBURY LAGI, PEGAWAI JAKIM SUDI MEMAKAN COKLAT ITU UNTUK MEMBUKTIKAN KEHALALANNYA!-


Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

“Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

“Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

“Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan,” katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

“Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

“Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

“JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini.”

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Kepala hotak die ostad JAKIM nih.. parasit Agama. Yg dipertikaikan CARA JAKIM selesaikan kes ini. Apakah makmal Kementerian Kesihatan yg mengendalikan sampel kes ini oleh pegawai Gred 44 Muslim itu menipu juga?
    Begitu EGO SOMBONG pihak JAKIM!
    Ostad2 ni mereka puak yg ego sombong. Apa mereka cakap dan buat orang lain xboleh pertikai walaupun jelas bercanggah dari sudut perbahasan dan kaedah.
    Ambil sampel di kilang, setelah company Cadbury tu kerugian dan takut dengan acaman boikot, maka bodoh kah Cadbury untuk biarkan sampel yang sama (ostad JAKIM kata batch yang sama) tercemar itu diambil JAKIM.

    Atau puak2 dlm JAKIM yg diperbodohkan oleh wang dan company kafir. Sampel di pasaran/kedai/pasaraya itulah yang sebenarnya akan dimakan oleh pembeli Muslim.. wahao ostad JAKIM bodoh oi.. kenapa tak ambil semua sampel random?

    JAKIM ni wajib disiasat SPRM, entah apa sebenarnya berlaku dikalangan penguasa2 dalam JAKIM ini begitu pantas mahu selamatkan CADBURY! Sepatutnya gantung dulu batch dan sijil halal pada Cadbury ini sehingga sahkah dari mana punca DNA babi pada sampel pertama dulu.. siasat terperinci ini melibatkan darah daging umat Islam yg dipertangungjawabkan pada JAKIM.. dan jd mainan musuh Islam jika tak disiasat dengan tepat dan betul!



    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List