Sunday 13 April 2014

ANAK CALON PKR PADA #PRKBALINGIAN MAUT DALAM KEMALANGAN

-UCAPAN TAKZIAH BUAT CALON PKR ABDUL JALIL BUJANG YANG BERTANDING DALAM PRK BALINGIAN BARU-BARU INI DI ATAS KEHILANGAN ANAKANDANYA YANG MENINGGAL DALAM SATU KEMALANGAN MAUT DI SERIAN, SARAWAK. AL-FATIHAH-


SERIAN: Dua pelajar lelaki maut dan dua parah apabila PROTON Satria yang dinaiki mereka melanggar tembok jambatan di KM54 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan yang dinaiki empat sahabat yang berasal dari Bintulu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan.

Dua yang maut ialah penumpang depan Abu Hanifah Abdul Jalil,20 dari Taman Bukit Orang, Bintulu dan Mohd Hafiz Waslee, 20 dari Taman Chin Lee, Bintulu.

Dua penumpang yang parah ialah pemandu kenderaan dipercayai berusia lingkungan 20-an tiada pengenalan diri dan penumpang belakang Mohamad Ikmal Hisyam Andara, 20 dari Bekenu, Sibuti.

Tiga yang ada pengenalan diri ialah pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Polis masih mengesan seorang lagi identiti mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat pengecaman keluarga, manakala dua yang parah dihantar ke hospital yang sama dan dilaporkan dalam kedaan kritikal. -MyMetro

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List