Tuesday 18 March 2014

#PRKBALINGIAN : RAHSIA DI SEBALIK TEMA KEMPEN PKR, "HARAPAN BARU UNTUK BALINGIAN"

Tindakan pembangkang Sarawak, khususnya PKR Sarawak mencaturkan Haji Jalil Bujang yang berasal dari Kampung Sibiew, Bintulu sebagai calon mereka untuk bertanding pada PRK Balingian seolah-oleh memberi gambaran mereka sebenarnya sudah ketandusan calon-calon lain yang berkredibiliti.

Jalil, 53, merupakan bekas pekerja MLNG yang kini menjalankan perniagaan sendiri juga merupakan mantan calon yang bertanding di atas tiket PKR menentang Datuk Haji Talib Zulpilip dalam PRN ke-10 yang lalu.

Apa relevannya Jalil menjadi calon PKR di DUN Balingian sedangkan masyarakat di Bintulu sendiri yakni di mana tempat beliau tinggal  pun telah menolaknya?

Bukannya admin UnReportedNews™® nak mempertikaikan asal usul tempat seseorang calon itu menjadi salah satu kretiria utama dalam satu-satu pilihanraya namun bagi calon PKR dalam PRK ini, sekiranya penduduk tempat asal calon  tersebut "merejek"nya, apatah lagi masyarakat di tempat lain.

Jelas sekali, PKR Sarawak memandang remeh akan keperluan dan kehendak pengundi dan masyarakat Baligian yang perlukan seseorang yang memahami apa saja permasalahan mereka.

Sebaliknya, Yussibnosh Balo, calon BN di PRK Balingian adalah anak tempatan dari Kampung Kampung Telian yang begitu rapat serta menjiwai kehendak dan aspirasi rakyat di Balingian kerana sebelum ini, beliau adalah mantan Pegawai Daerah Dalat yang begitu disenangi ramai.

Pemahaman Yussibnosh mengenai segala masalah di DUN Balingian menerusi pengalamannya selama bertahun-tahun sebagai Pegawai Daerah serta keserasiannya dengan penduduk setempat memberi kelebihan dan kelayakan yang ultimum kepada beliau untuk menjadi ADUN Balingian berbanding dengan Jalil.

Berbalik kepada tajuk posting ini iaitu Rahsia di sebalik tema kempen PKR untuk PRK Balingian, "Harapan Baru Untuk Balingian", tema tersebut hanyalah sekadar gimmik semata-mata untuk meraih undi kerana "bunyi"nya memang agak sedap didengari.

"Harapan" apa yang PKR hendak berikan kepada penduduk Balingian? Harapan untuk "menghentikan" pembangunan di Balingian? 

Semolek-moleknya, tema tersebut harus ditukar kepada, "Harapan Baru Buat Jalil Menjadi Seorang ADUN di Balingian Setelah Di Rejek Penduduk Bintulu". Takkanlah penduduk di Balingian nakkan benda yang direjek kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List