Wednesday 12 March 2014

#PRKBALINGIAN: CALON BN AKAN DIUMUM PADA 15 MAC

-TPM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AKAN MENGUMUMKAN NAMA CALON BN YANG AKAN BERTANDING DALAM PRK BALINGIAN DI MUKAH-


Calon BN untuk DUN Balingian akan diumumkan pada 15 Mac, semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Mukah sabtu ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberitahu demikian dalam sidang media hari ini.

Adnan berkata calon tersebut seorang Melanau Kristian yang bukan sahaja kelahiran tempatan, tapi juga cukup dikenali dikalangan masyarakat N51 Balingian.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang identiti calon yang dimaksudkan.

Kenyataan itu telah menutup teka-teka yang mengatakan Adenan akan mengumumkan nama calon berkenaan hari ini.

Tan Sri Adenan  mempengerusikan mesyuarat persediaan PRK N51 Balingian di Ibu Pejabat PBB, di Kuching sebentar tadi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List