Friday 28 February 2014

GAMBAR: SAMBUTAN KETIBAAN TYT BARU SARAWAK

-BEKAS KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD TELAH DILANTIK SEBAGAI TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SARAWAK YANG BARU!-




Laksana seorang pewira, ketibaan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak di sambut oleh ratusan rakyat Sarawak yang menanti dengan setianya di lapangan Hornbill di Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Kira-kira 800 hadirin menanti ketibaan Taib. Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, keluarga Taib dan menteri-menteri kabinet Sarawak seta orang-orang.

Siang tadi, Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyerahkan Watikah Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taib di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Secara ringkas, Taib menggunakan lebih dari separuh usia beliau berkecimpung dalam politik Malaysia serta memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khasnya.

Taib telah menganggotai kabinet pertama Sarawak pada tahun 1963 dengan memegang portfolio Menteri Tanah dan Galian Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Pada sekitar tahun 1969, beliau disenaraikan ke dalam kabinet Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj.

Selepas Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana Menteri, Taib kekal tersenarai di dalam kabinet persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Penerangan Malaysia awal tahun 1970an. 

Selepas berlaku peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976, pentadbiran negara kemudiannya diambilalih oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri ketiga di mana Taib dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sehingga awal tahun 1981.

Dalam tahun 1981, Taib telah dipanggil kembali ke Sarawak oleh ayah saudara beliau Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub bagi menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak berikutan Tun Rahman baru saja dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4.

Memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat dalam tahun 1981, Taib telah memperkenalkan Dasar Politik Pembangunan di dalam pentadbirannya dengan matlamat untuk membawa rakyat serta negeri Sarawak keluar dari budaya kerja lama kepada cara bekerja yang lebih moden dan mencabar.

Di samping mengubah wajah negeri Sarawak yang sebelumnya agak suram dari segi kegiatan ekonominya kepada sebuah negeri membangun yang bersedia menggunakan segala sumber untuk menukar status Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada sebuah negeri perindustrian iaitu selari visi kerajaan pusat yang menyasarkan tahun 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Selama 51 tahun mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pemimpin rakyat Sarawak khususnya, Taib yang kekal bertahan sehingga kini nyata dan terbukti telah mengubah wajah Sarawak dari sebuah negeri yang mundur satu ketika dulu menjadi sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini. 

Biarpun tidak semua kawasan penduduk mampu dibangunkan, tetapi sekurang-kurang usaha kerajaan di bawah kepimpinan Taib telah menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai dalam mewujudkan peluang kerja, mewujudkan penempatan baru bagi rakyat apabila semakin banyak rangkaian jalanraya dibina.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Tahniah....Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Teruskan memajukan Sarawak. Semoga Sarawak akan terus AMAN & MAKMUR tidak seperti Politik di Semenanjung yg suka mengucar-kacir keamanan dan ketenteraman rakyat...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List