Saturday 25 January 2014

KEJAM: 12 LELAKI ROGOL GADIS ATAS ARAHAN KETUA KAMPUNG

-GILA ATAU APA? AKIBAT TIDAK MAMPU MEMBAYAR DENDA YANG DIKENAKAN OLEH MAJLIS KAMPUNG ATAS KESALAHAN MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN KOMUNITI LAIN, SEORANG KETUA KAMPUNG MENGARAH 12 LELAKI MEROGOL SEORANG GADIS SECARA BERAMAI-RAMAI!- 

Seorang ketua kampung di kampung di Benggala Barat, Kolkata, India bersifat kejam apabila mengarahkan 12 lelaki merogol seorang gadis atas kesalahan menjalinkan hubungan.

Menurut polis tempatan, gadis berumur 20 tahun itu dirogol beramai-ramai selepas ditemui bersama dengan lelaki daripada komuniti lain.

Tindakan kejam itu dibuat selepas ibu bapa wanita berkenaan berkata mereka tidak mampu membayar denda berjumlah 25,000 rupee (RM1,332) yang dikenakan majlis kerana hubungan itu. 

“Gadis berkenaan dirogol beramai-ramai kerana menjalin hubungan dengan lelaki komuniti lain dan gagal membayar denda yang dikenakan majlis kampung. Setakat ini kami menahan 12 orang berkaitan kejadian itu,” katanya.

Sebelum ini, India menjadi tumpuan apabila seorang penuntut di New Delhi dirogol beramai-ramai sehingga membawa kepada kematian. -Rakyat News 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List