-SEDAP TAK "BENDA" DAP YANG KORANG PAS KULUM TU? BANYAK SANGAT BLOG MENGELUARKAN CERITA SARANAN KARPAL AGAR PARTI BERTERAS AGAMA ATAU BANGSA DIMANSUHKAN TAPI AKU CILOK CERITA DARI RAKAN BLOGGER THE FLYINGKICK NI KAY! KEKEKE!!!-
KARPAL TAK FAHAM KER, ATAU MEMANG DAP YANG NAK HAPUSKAN 'MELAYU-ISLAM'!!!
Karpal Singh telah menzahirkan perasaan sebenar DAP apabila mendesak agar semua parti politik yang berasaskan bangsa dan agama dimansuhkan. Konon-kononnya itu merupakan sebagai pelancar kepada segala fahaman RASISME yang sedang berakar umbi di Malaysia.
Dan reaksi yang ditunjukkan oleh para pemimpin dari parti-parti terbabit, sudah boleh dijangka.
Ramai yang marah dengan kenyataan Karpal Singh. Kalau ada yang tidak berani marah depan-depan, maka dikeluarkan kenyataan yang sedikit lembut tetapi tetap bernada marah dan membuktikan yang Karpal Singh tidak tahu realiti.
Sudah lama sebenarnya pendedahan dibuat berhubung gerak kerja DAP yang mahu menghapuskan segala yang berbentuk Melayu-Islam dan Bumiputera di negara ini. Bagaimanapun, yang kuat membuat penafian adalah pemimpin-pemimpin Melayu-Islam-Bumiputera dalam Pakatan Rakyat sendiri. Malahan dengan hanya sedikit cakap daripada Lim Kit Siang kononnya DAP tidak berkemampuan untuk mengubah Perlembagaan Malaysia, semua sudah percaya dan menyatakan bahawa pendedahan tentang niat jahat DAP, hanyalah satu fitnah semata-mata.
Yang Kit Siang dan seluruh pimpinan DAP tidak ceritakan ialah, bagaimana kemenangan bermajoriti mudah walau satu kerusi pun, akan memberi hak kepada parti berkenaan untuk menjemput mana-mana negara luar menjadi sebahagian daripada Malaysia. Dan sudah pastilah jemputan tersebut akan turut membawa bersama-sama kemenangan dan penguasaan parti dari negara kedua itu menjadi sebahagian daripada parti yang telah memenangi majoriti mudah di Malaysia.
Dan penguasaan 2/3 majoriti Parlimen Malaysia (bersama-sama parlimen baru) akan membolehkan mana-mana parti pemerintah untuk menggubal akta dan perlembagaan yang baru!
DAP baru menang sebahagian daripada kerusi Parlimen di Malaysia. Dan bukan satu rahsia lagi, apa sebenarnya corak kempen yang telah dijalankan oleh DAP untuk memperolehi sokongan daripada masyarakat yang menyokong parti berkenaan. Walaupun pada masa yang sama, DAP bercakap tentang anti rasisme dan liberalisme namun semua orang tahu bagaimana DAP berkempen untuk mengukuhkan kaum Chauvinist dan menjadikan Katholik sebagai satu lambang ekstrimisme terutama sekali di Sabah dan Sarawak.
DAP tidak pernah menghormati dan memperakui tentang konsep 'MAJORITI-MINORITI' sebaliknya bagi DAP, segala-galanya harus mengikut telunjuk mereka.
Jadi, kalau ada pemimpin PAS atau UMNO yang sibuk marahkan Karpal Singh, seharusnya simpan sahaja kemarahan tersebut di dalam telur masing-masing. Karpal hanyalah mengutarakan pendapat DAP dan pendapat itu merupakan satu KANUN yang perlu dipraktikkan di negara ini kerana DAP mempunyai sejuta satu macam pendapat dan KANUN yang lain, yang perlu dilayani dan disanjungi!!!
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®