Friday 22 November 2013

PEMECATAN FONG TUNJUK BELANG SEBENAR DAP!

-TIDAK BERSEFAHAMAN DENGAN PEMIMPIN DAP PUNCA SEBENAR FONG DIPECAT, BUKANNYA KERANA "TIDAK MEMBAYAR YURAN" SEPERTIMANA YANG TELAH DIGEMBAR-GEMBURKAN SEBELUM INI! SESAMA SENDIRI PUN MEREKA SANGGUP "SINGKIR-MENYINGKIR", ENTAH APAKAH NASIB KITA "BUMIPUTERA" YANG SELAMA INI DIANGGAP "MENINDAS MEREKA" SEANDAINYALAH DAP BERKUASA NANTI? KEKEKE!!!-

Pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Pau Teck dari parti DAP bukannya disebabkan kerana "keengganannya membayar yuran parti" sepertimana yang digembar-gemburkan sebaliknya, dicetuskan oleh sebab-sebab yang lain dan tidak bersependapat dengan ahli-ahli DAP yang lain mungkin adalah salah satu dari puncanya.

Hakikat ini jelas terlihat dari raut wajah Fong sendiri ketika mengadakan sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam apabila beliau tersenyum mengangguk kepalanya apabila ditanya pemberita adakah benar punca sebenar beliau dipecat bukan kerana 'tidak membayar yuran" tapi disebabkan oleh satu konflik dalaman lama.

Nyata alasan "enggan membayar yuran" itu hanya digunakan sekadar "alasan-hiasan" untuk menyingkir Fong dari DAP agar "sebab utama" dan sikap diktaktor serta kuku-besi segelintir pemimpin-pemimpin DAP tidak diketahui umum.

Apakah penyokong-penyokong DAP, khususnya kaum Bumiputera di Sarawak ini buta? Lihatlah sendiri, bagaimana DAP mentadbirkan parti mereka dan tanpa ragu-ragu mereka menyingkir ahli mereka (dan dalam perkara ini adalah DUN Pujut Fong Pau Teck yang dulu dipuja-puja dan di anggap berjasa besar kerana mengalahkan Pengerusi SUPP Tan Sri George Chan dalam PRN yang lampau).

Seandainya DAP berkuasa di Sarawak (Allahmukliba'la), bayangkanlah apa yang "mereka" sanggup buat kepada kita yang mereka dendami selama ini dan menganggap "hak keistimewaan orang Bumiputera" adalah penindasan mereka? Sekadar renungan di pagi Jumaat. Wassallam. -Hadzman Hj Johny 

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List