Sunday 13 October 2013

VIDEO: ROMPAKAN DIKANTOIKAN PEROMPAK SENDIRI!

-AKIBAT RASA BANGGA YANG TAK TERHINGGA, DUA ORANG PEROMPAK MUDA MEMUATNAIK GAMBAR & HASIL ROMPAKAN MEREKA DUA JAM SELEPAS ROMPAKAN TERSEBUT! BANGANGKAN? KEKEKE!!!-

Kami ada menulis berkenan satu video jenayah samun menggunakan parang di sebuah kafe siber Red Sea di Setapak yang terjadi semalam kira-kira pukul 6 petang.

Dalam video berkenaan, dua penyamun yang dirasakan masih berumur sekitar belasan tahun dengan bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka.

Penulis dah katakan bahawa mereka masih muda. Mungkin baru sahaja menceburi bidang merompak ini.

Ketika merompak mereka beriya-iya memakain topi keledar mengelakkan identiti mereka dikenalpasti, dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.

Tak ke bodoh tu? Baiklah demi menjaga hak asasi manusia kami katakan mereka berdua ‘kurang pandai’.

Bagaimanapun akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” jadi anda boleh menilai sendiri tahap mental mereka yang baru berjinak-jinak nak jadi perompak ini.

Menurut laporan akhbar itu, dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.

Adik, tunggu sahajalah polis memburu anda. Ketika dalam lokap, cubalah senyum macam dalam gambar tu ya. 

VIDEO : Kejadian Rompak Kafe Siber Dengan Paranghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Samun.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Samun-150x150.pngMyNewsHubTerkini,

 (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List