Monday 16 September 2013

TERKINI: YUKTES VIJAY "DIPAKSA" KELUAR DARI MALAYSIA?

-SIAPA YANG MEMAKSA YUKTES, BEKAS PEMBANTU PEGUAM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG KEMUDIAN BERPALING TADAH MENENTANG BEKAS ANAK GUAMANNYA KELUAR DARI MALAYSIA? YUKTES, DALAM KOMEN STATUS AKAUN FBNYA (DI KLIA) MENDAKWA BELIAU DIPAKSA KELUAR DARI NEGARA INI!-

Berikut adalah status beliau dimana beliau mengeluarkan komen yang dimaksudkan: 

Walaupun Malaysia pengeluar minyak, pendapatan utamanya adalah dari eksport minyak .. kita import kembali minyak, oleh itu ikut harga pasaran dunia ..

Hujah Malaysia pengeluar minyak tak logik .. pendapatan utama negara berkurang kalau guna minyak sendiri .. subsidi juga akan dikurangkan.

Pakatan menyalahkan ROS kerana tidak mengesahkan Pakatan Rakyat .. pembohongan .. mereka tiada persetujuan dalam isu polisi perikatan.

Negara-negara asing tidak ingin menghapuskan Islam di Malaysia .. diperdaya oleh Pakatan dan NGO yang sering mengadu kezaliman dan menutup perbuatan mereka.

Anwar menteri kewangan paling teruk di Malaysia .. setiap tahun memegang portfolio kewangan, minima 4 bajet tambahan dibentangkan .. bajet tambahan dibuat bila ada isu dan masalah degan bajet utama. 

Rafizi Ramli akan muflis bila kalah kes Sharizat-NFC .. dia tuduh Sharizat seleweng wang .. Sharizat tidak terlibat dlm pengurusan syarikat .. itu yang dikehendaki undang-undang ..  suami atau isteri, nama harus disenaraikan sebagai director.

Kes Teoh Beng Hock harus disiasat dari sudut tuduhan rasuah yang dia terlibat .. mengapa isu rasuah itu tidak disiasat .. tak penting? Takut DAP?

Pulau Pinang bakal menjadi Singapura .. DAP tidak perlukan PAS dan PKR .. antara sebab Kit Siang ambil risiko di Gelang Patah .. Gelang Patah ada pelabuhan.

SUARAM bahagian operasi PKR, guna NGO untuk nampak neutral di mata dunia .. Sivarasa, Tian Chua dulu aktivis di sini.

Kesemua kontrak guaman di Selangor milik firma guaman pro pakatan .. Daim, Gmani (Lateefah Koya), Derek Fernandez etc.

Maklumat bank Aanwar yangg dihantar kepada Mazlan perangkap untuk Anwar . .dia lapor polis, kena beri butiran sebenar .. guna nama Karpal, soal integriti .. kalau tak Anwar takkan lapor .. Karpal suruh, Anwar takkan engkar .. senang je.

Kos guaman untuk kes jenayah dan kes sivil Anwar mencecah jumlah 10 juta .. siapa bayar .. dari mana Anwar dapat duit buat pembayaran.

Isu 40k bangla adalah untuk memesong perhatian dan tumpuan rakyat dan BN .. kaji senarai penambahan pengundi cina di Selangor .. semua Cina Malaysia? Siasat.

Sept 16 memang benar .. ada MP dan Menteri BN yang sedia lompat .. Rahimi pun tahu .. ada duit lebih kurang RM20juta .. tak jadi kerana Anwar cuba spin .. apa spin tu?

Dua bom yang letup pada 901 dirancang .. bom pertama letup pukul 10:45am .. masa Anwar keluar .. dah tahu Anwar bebas pada jumaat .. semua peguam dan Anwar disuruh pakai pintu belakang .. Anwar degil .. ikut depan .. malangnya, hakim cepat habis.

Rusuhan BERSIH 3.0 dirancang .. boleh beri persepsi polis kejam .. taktik sama Anwar pada 98 .. caci polis .. polis marah .. kena tumbuk .. main mangsa.

Kes Scorpene rekaan sahaja .. begitu juga komisyen RM1b Najib .. dokumen perjanjian Kementerian Pertahanan sulit .. itulah sebabnya tiada laporan polis seperti biasa.

Anwar tipu mahkamah ada alibi untuk diikat jamin bagi kes liwat 2 .. satu alibi pun tidak dibawa ke kandang saksi .. pendakwaraya tak ungkit hal ini .. lepas kes habis sertai Anwar.

Rosmah sering dikritik untuk alih tumpuan daripada rekod Najib .. dia x boleh saman .. nanti kena tuduh manipulasi mahkamah.

Indeks rasuah meningkat dari 08 .. pelaburan asing dan projek baru selalu banyak di Selangor dan Pulau Pinang .. yang beri rasuah beri untuk apa? Buktinya projek perumahan terabai .. ambil duit .. tak mampu siap .. tutup syarikat.

Duit di Selangor dalam reserve .. tak diguna untuk infrastruktur dan pelaburan .. nak lumpuhkan ekonomi negara .. arahan DAP .. Khalid MB PKR, hamba DAP .. sebab tu PM sendiri lantik diri jadi pengerusi BN Selangor .. persepsi menang, fakta kalah.

Saya sokong BN kerana "Better the devil you know" (mengungkap Tun M) .. saya faham apa Tun maksudkan.

~Selamat berjuang.. — at KLIA Departure Hall

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List