Saturday 14 September 2013

DAP SARAWAK DAH TERASA PENANGAN UnReportedNews™® KER?

-TIADA KEBENARANKAH DALAM ULASAN YANG UnReportedNews™® BUAT BERKAITAN PERLANTIKAN ABDUL AZIZ SEBAGAI PENYALARAS PUSAT KHIDMAT DAP BARU DI TUPONG SEBAGAI SATU STRATEGI POLITIK DAP? ALA, AKU BARU "JENTIK" SIKIT-SIKIT PUN KORANG DAH MENGELETAR? KEKEKE!!!-

Portal Free Malaysia Today (FMT) yang diketahui umum adalah pendokong dan penyokong kuat pembangkang pada Ogos 18 telah membangkitkan artikel UnReportedNews™® berkenaan dengan perlantikan Abdul Aziz Isa, pembantu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai penyelaras Pusat Khidmat Tupong yang baru.

FMT juga mempersoalkan "tuduhan" UnReportedNews™® atas pelantikan Aziz itu hanya satu stratergi yang melantikkan wakil DAP Melayu/Islam sebagai senjata untuk menembusi kawasan Melayu/Islam iaitu kubu kuat Barisan Nasional.

Jika DAP ada perasaan ikhlas dalam "setiakawan Pakatan Rakyat" mengapa perlu mengadakan pusat khidmat DAP iaitu satu parti based-Cina di kawasan Tupong iaitu kawasan majoriti Melayu-Islam.

Mengapa tak membiarkan rakan mereka; PAS atau PKR untuk terus berjuang di kawasan Tupong tu?

Ataupun sememangnya DAP ini adalh parti oppotunis yang tamakkan kuasa serta tidak mempercayai rakan sepakatan mereka sendiri?

Ya, admin UnReportedNews™® tetap pada pendiriannya yang mengatakan pelantikkan Aziz hanya satu usaha DAP untuk mengganggu-gugatkan kedudukan ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang juga Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Jadi, pesanan kepada mana-mana ahli DAP yang cuba nak "berkempen" di kawasan Melayu di Sarawak, termasuk Abdul Aziz sendiri, UnReportedNews™® akan bermati-matian mempertahankan BN dan PBB dari anda-anda semua. "I got my eyes on you all, period"! Wassallam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List