Tuesday 27 August 2013

SASPEK UGUT GURU BESAR SEKOLAH TENTANG "ISU TANDAS" DIBERKAS!

-INGAT LAGI KES MAKAN DALAM TANDAS SK SERI PRISTANA? LELAKI YANG BERUSIA 33-TAHUN MERUPAKAN BAPA KEPADA SALAH SEORANG MURID SEKOLAH BERKENAAN SERTA SUAMI KEPADA INDIVIDU YANG MEMUAT-NAIKKAN VIDEO TERSEBUT DI FACEBOOK! APAKAH INI YANG DIKATAKAN "FAMILY-PLANNING"? KEKEKE!!!-

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mengugut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di Sungai Buloh berhubung isu penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan pada Ramadan lalu.

Difahamkan suspek berusia 33 tahun merupakan bapa kepada seorang murid di sekolah berkenaan dan isterinya disyaki bertanggungjawab merakamkan video kontroversi tersebut untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, suspek yang bekerja sendiri dan menjadi pemandu lori sambilan pernah datang ke SK Seri Pristana untuk mencari guru besar terbabit kerana berang dengan tindakan menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan bagi murid bukan Islam termasuk anaknya.

Beliau berkata, semasa kedatangannya kebetulan guru besar terbabit tiada di sekolah tetapi suspek sempat mengugut dan melemparkan kata-kata cacian terhadapnya di hadapan guru lain.

"Suspek memberi amaran supaya guru besar terbabit berhati-hati selepas ini dan dia mungkin akan mati.

"Suspek juga dipercayai membuat beberapa panggilan ke sekolah dan menghubungi guru besar terbabit membuat ugutan sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada Ramadan sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak.

Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd. Noor menafikan tindakan menempatkan murid di bilik persalinan itu sebagai tidak bertamadun.

Ini kerana, kata beliau, bilik persalinan berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Junaidi berkata, bimbang terhadap keselamatannya, guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh pada 25 Julai lalu.

Beliau berkata, suspek ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh sepasukan anggota polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Katanya, kawad cam terhadap suspek telah dibuat oleh dua guru SK Seri Pristana yang mengesahkan lelaki itu adalah individu yang datang ke sekolah mereka membuat ugutan sebelum ini.

"Suspek telah diberi jaminan sehingga 6 September ini manakala kertas siasatan kesnya akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Koling lagi?, lepas ni sapa pulak nak kata ini rasis?

    Hak mereka tak boleh diusik kerana kununnya itu hak asasi mereka di dalam sebuah negara demokrasi...One Malaysia maa...WTF!

    Tapi hak Melayu dan Muslim sebagai majoriti dianggap rasis!

    Nasib baik polis tangkap, kalau tak dengan lori dengan bini dia kena ajar! Sendiri buat sendiri tanggung la!

    ReplyDelete
  2. Ini lah jenis ibubapak yang tak tahu hujung pangkal keadaan cuba membesar-besarkan atu isu yang dia sendiri tidak jelas. Polis bertindak betul, orang macam ini tak boleh dibiarakan celupar dan menghuruharakan keadaan

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List