Tuesday 27 August 2013

VIDEO: HANG KENA BARU HANG TAU!

-PARAH BETUL KES NI, SEORANG LELAKI CUBA MENGKONTROLKAN MACHONYA WALAUPUN KEPALANYA TERSANGKUT DI CELAH PAGAR BESI SEBUAH RUMAH! KEKEKE!!!

Sesungguhnya tidak baik mengetawakan orang apatah lagi kawan baik tapi sesiapa pun yang berdepan dengan insiden dalam video di bawah ini pasti tak dapat menahan perasaan lucu.

Entah apa tujuan asalnya, budak lelaki dalam video ini menjulurkan kepalanya di celah pagar rumah dan kemudian menghadapi masalah untuk mengeluarkannya semula.

Rakannya yang menyedari terus merekodkan kejadian tersebut sambil tertawa besar.

Sebagai langkah ‘cover line’, budak lelaki berkenaan akan berpura-pura dia tidak menghadapi apa-apa masalah setiap kali ada kenderaan lalu di depan rumah tersebut.

Dia juga pada mulanya cuba mengelak daripada menampakkan wajah dalam rakaman tapi bila keadaan nyata dah darurat, mahu tak mahu dia terpaksa meminta pertolongan rakannya yang merekod itu untuk membantu.

Mujurlah, rakannya berjaya membantu walaupun daripada rakaman dapat didengar dia sudah memikirkan untuk meminta bantuan bomba.

Moral daripada kejadian ini, jangan cuba-cuba menjulurkan kepala di celah pintu pagar melainkan anda adalah seekor kucing! (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List