-"SAYA SELAMATKAN ANAK PEREMPUAN SAYA DARIPADA JADI PELACUR!" RINTIH LELAKI YANG TELAH DIKATAKAN MEREMPUH MASUK SEBUAH RUMAH & MELAWAN DUA ORANG LELAKI!-
Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.
Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.
Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.
Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.
Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.
Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.
Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.
“Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat,” katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.
“Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma.”
“Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel,” tambahnya
“Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut.”
Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.
Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang ‘tidak baik’ selepas peperiksaan UPSR.
Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan “anak kesayangannya’ itu.
Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.
Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.
Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.
Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.
Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut.
Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu.
Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. (sumber)
-UnReportedNews™®
Sungguh besar pengorbanan seorang bapa sehingga sanggup merbahayakan diri. Demi menjaga maruah dan sayangkan pada anak.Beliau sanggup berdepan dengan syaitan bertopengkan manusia. Tahniah kepada beliau kerana beliau adalah seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun nasi dah menjadi bubur. Diharapkan anak beliau akan insaf. Kepada pihak berkuasa. Bantulah rakyat yang memerlukan bantuan dan jangan biarkan terlepas manusia yang kejam dan gunakan undang-undang yang ada untuk mendakwa mereka yang bersalah
ReplyDelete