Monday, 26 August 2013

BERHATI-HATI DENGAN MAYBANK2U & DIGI ANDA!

-BERWASPADA SERTA BERHATI-HATILAH KETIKA MENGGUNAKAN KHIDMAT ONLINE MAYBANK2U & DIGI ANDA!-

Kisah kali ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas jiran BB. Bukan berniat nak menakut-nakutkan pengguna maybank2u apatah lagi untuk memburuk-burukkan perkhidmatannya, cuma sekadar membuka mata para pengguna supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berulang.

Kejadian berlaku pada 2 syawal yang lalu apabila jiran BB hendak mengeluarkan duit bagi kegunaannya semasa Hari Raya. Almaklumlah, Hari Raya katakan... lebih banyak yang keluar dari yang masuk kan.

Sahabat BB pun pergilah ke sebuah mesin atm Maybank dengan hasrat untuk mengeluarkan RM1,000. Namun, alangkah terkejutnya sahabat BB apabila jumlah baki di dalam akaun Maybanknya hanya sekadar RM60 sedangkan dalam simpanan sepatutnya RM15,060.

Hait!! Apa sudah jadi? Ke mana pergi duit simpanannya?

Dipendekkan cerita....

Laporan serta merta dibuat kepada Maybank dan maklumbalas yang diterima daripada pihak perbankan tersebut ialah "Maaf, transaksi maybank2u anda telah berjaya mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian tersebut'.

Sahabat BB tidak berpuashati lalu membuat siasatan sendiri dan mendapati :

1. Username dan password maybank2u beliau telah di "hack" 
2. Had pindahan kredit harian beliau telah dinaikkan kepada RM10,000 berbanding asal RM3,000
3. Berlaku 2 kali transaksi melibatkan pindahan wang ke akaun lain.

Mesti pembaca semua terfikir bagaimana transaksi ini berjaya memandangkan setiap urusan pembankan online ini memerlukan pin kod atau tac no bagi meneruskan sesuatu proses pembayaran atau transaksi? Dan pin kod ini biasanya hanya akan dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar bukan?

Ada cerita lagi dari sahabat BB ni.

Rupa-rupanya, seminggu sebelum raya (tak ingat tempoh sebenar) sahabat BB ni mengalami gangguan telefon pada talian DIGI yang dimilikinya.

Rupa-rupanya, telah ada individu yang menyamar sebagai saudara kepada isterinya pergi ke pusat servis DIGI (kat Ekuin Park) dan membuat penukaran sim card bagi nombor telefon beliau. Dan pekerja di pusat tersebut tanpa banyak soal telah mematikan servis no telefon sahabat BB ni tanpa sebarang halangan dan menukarkannya dengan yang baru. 

Persoalannya di sini, bagaimana pekerja di kedai tersebut membenarkan penukaran sim kad yang baru tanpa kehadiran pemilik sim kad asal yang berdaftar?

Cukup pintar modus operandi penjenayah ini. Hacked username dan password maybank2u, kemudian tukar sim kad nombor telefon mangsa, dan seterusnya membuat pindahan kredit secara online.

Info terbaru dari sahabat BB ini, beliau sedang mendapatkan nasihat perundangan dari firma guaman untuk tindakan yang sewajarnya. 

Semoga kes ini memberi peringatan kepada kita supaya sentiasa menyemak transaksi bank kita secara kerap dan membuat penukaran password sentiasa. Jangan sesekali membuat transaksi di pusat-pusat siber atau menggunakan wifi percuma yang disediakan di kedai atau mana-mana restoran.

BB akan cuba dapatkan update seterusnya daripada sahabat ni untuk kita kongsikan bersama sebagai panduan. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List