Saturday 27 July 2013

VIDEO: PENCURI LESAPKAN RM10,000 DI AMPANG POINT DALAM 10 SAAT!

-AWAS, PENCURI BERKUMPULAN DENGAN BEGITU LICIK AKAN MENGGUNAKAN PELBAGAI CARA UNTUK MEMPERDAYAKAN MANGSA MEREKA!- 

Kejadian ini didakwa berlaku sekitar jam 7.45 malam 18 Julai lalu di pusat membeli belah tumpuan warga kota, Ampang Point.

Beg duit mangsa yang berjumlah kira-kira RM10,000 ‘lesap’ angkara perbuatan sekumpulan penjenayah licik.

Lihat turutan klip video ini.

Suspek pertama: 19:45:41, lelaki memakai t-shirt putih dan jaket biru gelap mengekori mangsa.

Suspek kedua: 19:45: 50, lelaki berbaju putih dan berkaca mata dilihat merapati mangsa.

Suspek ketiga: 19:46:06, lelaki berbaju putih dilihat memegang beg hitam boleh lipat dan terus menyandang beg berkenaan sebaik saja merapati mangsa.

Suspek keempat: 19:46:16, lelaki berbaju hitam dilihat berada di situ, suspek ketiga dan keempat berlegar di kawasan sama sambil cuba menggunakan bahasa tubuh. Suspek keempat cuba merapati mangsa sebelum berlalu pergi.

Suspek kelima: 19:46:23, wanita berbaju putih membawa beg dilihat berada di lokasi dan berlalu melewati suspek ketiga.

9:46:51 , suspek keempat cuba menutup wajahnya setelah menyedari kehadiran CCTV.

19:46:52 , suspek kedua, ketiga, keempat dan keenam dilihat berada di belakang mangsa manakala suspek pertama berdiri berhampiran kaunter, kira-kira lima kaki dari mangsa.

19:48:52 – suspek ketujuh berpura-pura tunduk membersihkan sos yang kononnya tumpah di kaki mangsa untuk menarik perhatiannya

19:48:53 , suspek ketiga segera merapati mangsa dan berjaya mencuri beg duitnya tanpa disedari. 

Pada masa yang sama, suspek pertama berada betul-betul di belakang suspek ketiga untuk ‘melindungi’ perbuatan kawannya itu.

Suspek keenam pula berdiri berhampiran kaunter bagi ‘menghalang’ orang ramai daripada melihat perbuatan jahat mereka.

Suspek keempat berdiri di belakang mangsa bagi menghalang jurujual di kedai TM nampak apa yang berlaku manakala suspek kelima cuba mengalihkan perhatian gadis yang menjual ais krim itu.

19:49:03 – Semua suspek dilihat beredar bersama dengan HABUAN yang cukup besar pada malam itu…mudah, cukup mudah! 


(sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Cinasia kena tipu dgn cinabeng... Melayu lagi mau pecaya sama cinabeng al-cinasia

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List