Wednesday 24 July 2013

SIKAP RASIS SEGELINTIR DOKTOR DI PULAU PINANG REALITI!

-INSIDEN DIMANA PESAKIT-PESAKIT BERBANGSA MELAYU MENERIMA LAYANAN BURUK DI HOSPITAL KERAJAAN DI PULAU PINANG BUKAN SEKADAR CAKAP KOSONG ATAU CERITA YANG DIADA-ADAKAN TETAPI IANYA BETUL-BETUL BERLAKU! AH GUAN AAA, APA INI MACAM? KEKEKE!!!-

Beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk  daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang tampil bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

ADUN Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin (gambar) berkata penampilan pesakit-pesakit itu bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.

"Hari ini saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya, saya hendak mereka (mangsa) sendiri cakap kerana mereka yang terkena.

"Saya bukan hanya cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalam DUN, ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya, dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama," katanya pada sidang akhbar Kepala Batas Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.

Bernama melaporkan Roslan berkata kini Dr Afif pula harus meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu dan jika gagal berbuat demikian adalah lebih baik beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri.

"Saya juga mahu kementerian menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada doktor terlibat, ini perkara yang serius. Setakat ini saya terima enam aduan daripada orang ramai melibatkan lima di Hospital Kepala Batas (HKB) dan satu di Hospital Seberang Jaya (HSJ)" katanya.

Seorang warga emas yang hadir, Hamid Salleh, 66, berkata kejadian berlaku pada bulan Jun lepas apabila seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan HKB telah memaki hamun beliau.

"Anak pakcik hantar ke hospital kerana keadaan kesihatan pakcik yang makin teruk, semasa di wad kecemasan, doktor itu telah memaki hamun termasuk kata bodoh kepada pakcik.

"Pakcik akui salah pakcik kerana tidak makan ubat tetapi bukan begitu caranya dengan maki hamun, sedangkan pakcik lebih tua daripadanya. Dia langsung tidak ada rasa hormat," katanya yang menghidap sakit jantung, asma, darah tinggi dan kencing manis.

Seorang lagi yang ditampilkan Roslan, Syahida Saad, 27, yang tinggal di Kepala Batas berkata pada 28 Mei lepas beliau ke HSJ berikutan besi yang terdapat dalam pahanya patah, bagaimanapun seorang daripada doktor di hospital berkenaan enggan mengeluarkan besi itu, dan hanya menyuruhnya pulang.

Beliau sedih dengan kejadian itu kerana katanya besi itu dimasukkan ke dalam pahanya kerana terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa suaminya pada 7 Nov tahun lepas.

"Saya kecewa dengan tindakan doktor lelaki itu, dia suruh balik dan siap maklumkan kalau masih boleh jalan tidak perlu buang besi itu sedangkan dalam masa itu saya tidak boleh jalan dan menanggung kesakitan.

"Saya minta bantuan Datuk Roslan dan adukan perkara itu kepadanya sebelum pihak HSJ memanggil saya semula keesokannya untuk menjalankan pembedahan membuang besi," katanya.

Suri rumah Mariani Mansor, 22, pula menceritakan anak perempuannya berusia empat bulan mengalami sesak nafas akibat batuk yang teruk pada 21 Jun lepas tetapi seorang doktor lelaki yang berada di wad kecemasan di HKB memarahinya tanpa sebab dan menyuruhnya pulang tanpa memberikan rawatan.

"Doktor itu cakap, saya bukan Tuhan untuk menyembuhkan anak kamu, lagipun tidak teruk ini...pergilah klinik swasta...sedangkan muka anak saya ketika itu sudah kebiruan kerana sesak nafas," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List