Thursday 11 July 2013

PRK KUALA BESUT: PAS TETAP AKAN KECUNDANG KERANA ..

-MATLAMAT & KEUTAMAAN PAS DALAM PRK KALI INI HANYA MAHU MENANG KERANA MAHU "BERKUASA" DI TERENGGANU YANG MAJORITINYA BERAGAMA ISLAM TAPI PAS SEAKAN DAH LUPA AKAN "HADIAH" TELAH BERIKAN OLEH RAKAN MEREKA DI NEGERI TAKLUKAN PAKATAN SEAWAL BULAN RAMADHAN NI! KEKEKE!!!-

Dalam Pakatan, menang macam mana banyak kerusi pun, sesebuah parti yang mendominasikan kerajaan negeri tersebut terpaksa menjawab dengan "towkey Pakatan" iaitu DAP sepertimana senario  yang berlaku di Selangor kini.

Satu Malaysia sudah tahu yang PAS di Selangor telah mendapat kerusi sama banyak dengan DAP pada PRU-13 yang lepas dan sewajarnya MB Selangor dipilih dari ADUN PAS namun sebaliknya, towkey mereka telah menentukan MB dipilih dari kalangan PKR.

Kebaculan ADUN PAS/PKR Selangor yang beragama Islam bagaikan terserlah kerana mereka seakan "merestui" tindakan DAP yang mengharamkan beberapa bazaar Ramadahan di Selangor.

Apa jaminan PAS kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Kuala Besut yang perkara sebegini tidak akan berlaku di negeri itu? 

Sekiranya ada satu lagi "Jonker Walk" ditutup mampukah PAS menolak "arahan" DAP sebagai tindakan membalas dendam seperti yang berlaku di Selangor?

Dengan gahnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu penamaan calon PRK DUN Kuala Besut PAS Endut @ Azlan Yusof berkata PAS yakin untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada BN berdasarkan rekod mereka yang pernah memenangi DUN Kuala Besut sebanyak tiga kali dengan yang terakhir pada 1999.

Hadi Awang, Azlan Yusof dan PAS boleh terus "berangan" jika mereka ingat mereka untuk mengulangi sejarah lalu berjaya memenangi PRK DUN Kuala Besut bak kata Hadi Awang sendiri,"Saya yakin pengundi di Kuala Besut akan buat keputusan yang betul dalam memilih calon yang akan mewakili mereka nanti." Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List