Tuesday, 9 July 2013

KALO DAH GAYA CAMNI, ELOK BAGI JE LE PAKATAN JADI KERAJAAN!

-BARU DIHERDIK SIKIT MENGENAI AKTA HASUTAN, DAH TIMBULKAN CADANGAN NAK MANSUHKAN IA! APA NI? BUANG MASA JE RAKYAT MENGUNDI BN TAPI SEMUA KEHENDAK PAKATAN BAGAIKAN DITURUTI KERAJAAN! KEKEKE!!!-

Suara pembangkang sejak kebelakangan ini diibaratkan bagaikan halilintar berdetum dengan kuat dan begitu menggerunkan segelintir pemimpin BN.

Masakan tidak, hampir semua desakan dan tekanan puak Pakatan ini telah diambilkira seolah-olah ada mereka yang dalam BN sendiri menentang dasar kerajaan yang sedia ada yang telah dibangkitkan.

Terbaru adalah desakan pembangkang agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Apa yang berlaku dalam Malaysia ini setelah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan akan "agenda jahat" pembangkang.

Nah, sudah dituruti kehendak pembangkang, adakah keadaaan negara ini aman? Tidak sesekali, bukan malah bertambah buruk bahkan demonstrasi besar-besaran, maki-memaki sehingga melibatkan Raja-Raja & DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong sekali pun bagaikan telah menjadi asam garam rakyat Malaysia kini!

Sekarang nak dituruti lagi? Apakah kerajaan ingat dengan mengikut kehendak pembangkang, mereka akan berlembut? Sesungguhnya, pembangkang tidak akan berhenti di sana sahaja malah mereka akan mula membuat "demand" yang bukan-bukan nanti.

Secara jelas, kerajaan BN telah menang dalam PRU-13 lepas namun tindakannya melayani setiap kerenah dan desakan pembangkang seolah-olah memberi gambaran yang sebaliknya.

Akta hasutan merupakan benteng terakhir yang melindungi perlembagaan yang membabitkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu dan janganlah cuba mengadaikannya hanya kerana hendak "mengambil hati" pembangkang.

Ya, memanglah Parlimen adalah tempat khusus untuk membentangkan sesuatu usul dan pentas debat, tapi biarlah sesuatu usul atau perkara yang hendak dibentang/debat memberi kebaikan kepada negara tanpa memberi ruang yang membolehkan mana-mana pihak boleh mencetuskan huru-hara!

Jika keadaan berterusan sebegini, BN hanya menjadi kerajaan pada nama sahaja namun yang sebenar-benarnya yang banyak mencorakkan dasar kerajaan dan menentukan hala tuju negara ini sebaliknya adalah pembangkang!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List