-PAKCIK DAH TERDESAK SANGAT KE NAK JADI MP SEHINGGA
MELOBI CARA NI KER? TERINGAT AKU DENGAN PERIBAHASA NI .. KALAU KAIL PANJANG
SEJENGKAL, LAUTAN DALAM JANGANLAH DI DUGA .. NAK MENIPU AGAK-AGAKLAH ..
KEKEKE!!-
Ni satu cerita kelakar yang aku dapat dari sumber aku baru
sebentar tadi mengenai seorang hamba Allah ni, seorang ahli parti komponen BN
Sarawak yang dikatakan sedang sibuk melobi nak jadi calon dalam PRU ke 13 ni
menggunakan nama salah seorang daripada Sultan di Malaysia ni.
Nama si polan ni biarlah aku rahsiakan namun dikatakan dia
ini memegang jawatan dalam salah satu JKKKK DUN di Sarawak.
Nama Sultan yang kononnya di gunakannya (Dengan hormat,
Ampun Tuanku, tiada niat patik untuk memperolokkan Tuanku) biarlah aku
rahsiakan juga.
Si polan ni melobi dengan orang-orang kampung bahawa dia
ni berkenalan baik dengan Anakanda Sultan tersebut sehinggakan Ayahandanya (Sultan
tersebut) yang dikata mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri Daro’ Seri
Najib Tun Razak “memperkenankan” si polan tersebut menjadi MP kepada salah satu
daripada kawasan Parlimen (PBB) di negeri Sarawak.
Calon MP Sarawak di putuskan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berdasarkan penilaian merea terhadap latarbelakang, tokoh kepimpinan serta sokongan akar umbi kepada calon-calon tersebut bukannya dari "unsur-unsur" yang lain.
Tujuan utama aku menulis posting ini supaya agar orang-orang
kampung jangan mudah termakan dengan tipu-daya tersebut.
Tujuan kedua aku adalah menyaran si polan serta kroni-kroninya
memberhentikan cara melobi yang kotor dan “derhaka” ini dengan menggunakan nama
Sultan yang hanya akan memecah-belahkan perpaduan dalam BN Sarawak.
Hidup PBB, Hidup BN Sarawak!
-UnReportedNews™®
hehe... senyum saya baca berita ni, sebab di Mukah pun ada berbagai versi, oleh sipolan-polan yang teringin nak jadi YB...
ReplyDelete