-DIFAHAMKAN, MANGSA SEWAKTU DALAM KESAKITAN SELEPAS PELANGGARAN ITU BERKATA, “APA DOSA SAYA? KENAPA DIA LANGGAR SAYA?"-
Menteri Keselamatan dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zahid Hamidi melawat Inspector Farid Husni Mamat di HUSM yang terlibat kemalangan semasa menjalankan tugas.
Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Farid, 33, cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 pada Julai 17 yang lepas.
Motor yang ditunggang mangsa, seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan dan ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan.
Menurut saksi kejadian pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil menggunakan talipon.
Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa.
Mangsa tidak sempat mengelak dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena tembok sekolah.
Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus telah dikejarkan ke hospital Jertih.
Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri namun suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kemudiannya berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®