Friday 5 July 2013

ANWAR PONTENG MAHKAMAH GUNA MC PALSU?

-KALAU PENIPU PUN PENIPULAH! APA NAK CAKAP CAKAP LAGI KAN? ADA KELAS PEMIMPIN YANG MAIN TIPU KEMUKAKAN DOKUMEN SAKIT PALSU KE MAHKAMAH MACAM NI? KEKEKE!!!-

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengemukakan satu dokumen cuti sakit palsu ke mahkamah untuk membolehkan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah ditangguhkan.

Difahamkan kes itu berkaitan dengan mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0, di mana Anwar, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.

“Anwar kemukakan dokumen cuti sakit palsu,” kata Yuktes Vijay dalam twitter 24 Jun tahun lalu yang dipetik blog dhanyaraam.

Yuktes Vijay adalah pembantu kepada peguam Sankara Nair yang ketika itu turut terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Difahamkan tujuan menghantar dokumen cuti sakit palsu ke mahkamah adalah untuk membolehkan penangguhan perbicaraan terhadap salah seorang daripada mereka bertiga.

AIDCNews juga turut menerima satu email yang memberikan bukti lanjut tentang komunikasi seorang individu dengan Anwar yang menceritakan latar belakang kenapakah dokumen cuti sakit palsu perlu diwujudkan untuk kes itu.

Setakat ini, laman ini masih membuat keputusan untuk tidak menyiarkan kandungan bukti email itu dan jika perlu akan didedahkan pada masa yang sesuai.

“Hukuman bagi keterangan palsu 193 : Sesiapa yang dengan sengaja memberikan keterangan palsu dalam mana-mana peringkat suatu prosiding kehakiman, atau mereka-reka keterangan palsu untuk tujuan daripada yang digunakan dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, dan sesiapa yang sengaja memberikan atau mereka-reka keterangan palsu dalam apa-apa hal lain, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan hendaklah juga didenda.

“Kanun Keseksaan : Menggunakan bukti diketahui palsu 196. Sesiapa yang tidak jujur ​​menggunakan atau cuba untuk menggunakan sebagai benar atau tulen keterangan apa-apa bukti yang dia tahu adalah palsu atau direka, hendaklah dihukum dengan cara yang sama seolah-olah dia memberi atau fabrikasi keterangan palsu. Mengeluarkan atau menandatangani sijil palsu,” tulis dhanyaraam yang memetik aspek perundangan tentang implikasi menggunakan dokumen palsu di mahkamah.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List