Thursday 6 June 2013

LAPAN LOGI AIR BERSIH BERNILAI RM16 JUTA DI SARAWAK

-KAMPUNG PULAU BRUIT DI PULAU BRUIT DI ANTARA KAWASAN YANG MENDAPAT BEKALAN AIR BERSIH-

1Malaysia Development Berhad (1MDB) membelanjakan kira-kira RM16 juta bagi membangunkan Projek Penyahgaraman Air Masin di lapan lokasi di negeri ini, sejak dua tahun lalu.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam 1MDB, Mejar (B) Datuk Zahari Sulaiman dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, lima dari lokasi itu telah dibangunkan iaitu di Beladin, Betong; Beting Maro, Batang Lupar Kampung Penipah dan Kampung Bruit di Daro serta Telok Melano, Sematan.

Katanya, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan di tiga lokasi iaitu Kampung Punan, Lawas; Kampung Lajong, Kuala Niah dan Lubuk Samsu, Simunjan yang dijangka siap hujung tahun ini.

"Kesemua projek itu dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi membantu dan meringankan beban penduduk setempat untuk menikmati kemudahan air bersih serta terawat.

"Apabila projek itu siap sepenuhnya, 1MDB bertanggungjawab menyelenggara termasuk menanggung setiap kos bagi tempoh dua tahun," katanya di sini hari ini. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List