Thursday 20 June 2013

HASRAT LAJIM MENJADI "PEMIMPIN TERTINGGI" DI SABAH AKHIRNYA TERCAPAI!

-MUNGKIN SALAH SATU DARI MATLAMAT UTAMA LAJIM KELUAR DARI BN DULU ADALAH HENDAK MENJADI KETUA MENTERI SABAH, PEMIMPIN TERTINGGI NEGERI TERSEBUT & KINI IMPIANNYA BOLEHLAH DIANGGAP "SEPARUH TERCAPAI" DENGAN PERLANTIKANNYA SEBAGAI "KETUA PEMBANGKANG SABAH"! KEKEKE!!!-

Hanya tujuh daripada 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengenai keputusan mereka untuk memilih Adun PKR-Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua mereka.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said telah menerima surat daripada Lajim juga lima Adun PKR yang lain, Christina Liew (Api Api), Jelani Hamdan (Matunggong), Roland Chia (Inanam), Terence Siambun (Moyog) and Ukoh@Jeremy Malajat (Kadamaian).

Beliau yang dilaporkan mStar sebagai berkata, surat yang ketujuh diterimanya yang menamakan Lajim sebagai Ketua Pembangkang negeri ialah daripada Pengerusi Parti Reformasi Sabah (Star) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Kami mengambil kira surat-surat yang diterima ini dan kami tiada bantahan untuk Lajim menjadi ketua pembangkang,” katanya lagi.

Lajim yang kemudiannya memberitahu media bahawa empat Adun DAP yang lain iaitu Hiew King Cheu (Luyang), Wong Hong Jun (Likas), Chan Foong Hin (Sri Tanjong) and Dr Edwin Bosi (Kapayan) juga Adun PKR (Tamparuli) Datuk Wilfred Bumburing (Tamparuli) telah bersetuju supaya beliau menjadi ketua pembangkang negeri.

Beliau turut menafikan tiada kesepakatan di kalangan wakil rakyat pembangkang termasuk DAP, sebaliknya pelantikan itu mendapat persetujuan kesemua yang berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Sementara itu,Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said yang dipetik dari Bernama juga berkata pihaknya tiada halangan terhadap pemilihan Lajim yang dibuat berdasarkan amalan konvensional.

"Pada ketika ini, dewan menyerahkan kepada mereka (pembangkang) kerana dewan tidak ada hak melantik dan bukan tanggungjawab kita untuk menentukan siapa ketua pembangkang.

"Kita mengambil kira sokongan majoriti pembangkang...kita take note tetapi bukan tanggungjawab kita menentukan pelantikan ketua pembangkang di DUN," katanya semalam ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu di Sabah.

Salleh juga mengesahkan pihak dewan telah menerima surat dari Lajim berhubung cadangan menjadi ketua pembangkang pada 11 Jun lepas. yang ditandatangani lima Adun sepertmanayang dinyatakan oleh Lajim.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List