Saturday 18 May 2013

NAJIB, JANGAN TUNDUK & BERDAMAI DENGAN ANWAR!

-TERLAMPAU BANYAK DAH RACUN DISEBAR ANWAR YANG KINI TERPERANGKAP DALAM PERMAINAN "LAHAD DATU" NYA SENDIRI! ENCANG! (HENTAM!) NAJIB ENCANG! JANGAN KASI PELUANG LAGI KEPADA PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA & NEGARA! KEKEKE!!-

Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kala datang lagi ke Malaysia untuk menjalankan misi menyelamatkan lubang punggung dan batang tengkuk Anwar Ibrahim. 

Kalau kali pertama dulu (April lepas), Yusuf Kala telah diminta secara peribadi oleh Anwar Ibrahim untuk berunding dengan Najib Abdul Razak agar tidak menangkap dan menahannya dalam penjara kerana kes Lahad Datu, misi kali ini juga membabitkan kes yang sama. 

Mengapa agaknya Anwar takut sangat kalau benar dia tidak terlibat? Dan adakah itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa Anwar begitu kelam-kabut dan terpaksa mengadakan siri himpunan tunjuk kuat yang dianggotai bermajoritikan anak-anak muda Cina? 

Rakyat sebenarnya tidak bodoh sebagaimana yang difikirkan oleh Anwar dan konco-konconya. Taktik-taktik yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya sudah tidak laku lagi. Bahkan lebih menjerat dirinya ke dalam jerat yang dia sendiri pasang. 

Sekaligus menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak diberikan segala tolak ansur dan lembut hati. Anwar perlu dilayan sebagai bekas banduan yang tidak serik-serik dengan kelakuan curang dan khianat. 

Anwar telah diberikan peluang untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukannya, namun apa yang dilakukannya selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan liwat dan salahguna kuasa - walaupun sebenarnya kerana rayuan ibunya kepada Perdana Menteri pada waktu itu - adalah melakukan kerosakan lebih besar dalam cubaannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Justeru, diharapkan Najib tidak akan lembut hati dengan pujukan Yusuf Kala kerana Anwar tidak pernah berminat untuk berdamai, sebaliknya sekadar ingin menyelamatkan punggungnya daripada natijah perbuatannya sendiri. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List