Thursday 16 May 2013

KABINET TERKINI, SATU PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA SARAWAK

-MENGENAI KETIADAAN WAKIL SPDP DALAM KABINET, PERLANTIKAN MENTERI-MENTERI & TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI TERLETAK KEPADA BUDI-BICARA PERDANA MENTERI MAKA BELIAU BERHAK MEMBUAT APA SAJA KEPUTUSAN!-


Barisan di dalam kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang dibarisi oleh tujuh menteri penuh dan tiga timbalan menteri dari Sarawak merupakan satu aprisiasi dan penghormatan kepada rakyat negeri ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata demikian sambil menambah bahawa sejak pembentukan Malaysia (1963), ini merupakan penghormatan tertinggi yang telah diberikan kepada Sarawak dan kami berasa gembira serta berpuas hati dengan pelantikan-perlantikan ini.

Asfia ditemui pemberita siang tadi semasa  raptai latihan penuh acara perasmian pembukaan penggal ketiga sesi ke-17 DUN Sarawak yang dijadualkan akan bermula pada hari Isnin, minggu hadapan di DUN baru, Petra Jaya berdekatan Bandaraya Kuching di sini.

Asfia
Sarawak telah diberikan penghormatan tersebut kerana telah menyumbang 25 kerusi parlimen untuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei baru-baru ini dan berbanding dengan kabinet pada penggal  lepas, hanya tiga jawatan menteri penuh diberi.

Tujuh menteri penuh baru adalah Dato Sri Douglas Uggah Embas (PBB) Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Richard Riot Jaem (SUPP) Sumber Manusia, Datuk Fadillah Yusof (PBB)-Jabatan Kerja Raya, Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)-Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Idris Jala, Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS) dan Nancy Shukri (PBB) di Jabatan Perdana Menteri.

Empat timbalan menteri ialah Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)-Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)-Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)-Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Datuk Joseph Salang Gandum (PRS)-Pelancongan bagaimanapun, Salang menolak perlantikan itu.

Apabila ditanya pandangan peribadi beliau mengenai ketiadaan wakil-wakil dari SPDP baik sebagai menteri penuh atau timbalan menteri, Asfia berkata, "Pelantikan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri terletak kepada budi bicara Perdana Menteri maka beliau berhak membuat apa saja keputusan."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List