Sunday 19 May 2013

ANWAR BOLEH, ORANG LAIN TAK BOLEH!

-BILA ANWAR MEMBUKA PEKUNG KERAJAAN, "TONGKANG KARAM" BOLEH TERSENGIH, BILA KENA DENGAN DIA SENDIRI, DEPA TERUS MEROYAN SIAP UGUT BAWAK MASUK MAHKAMAH LAGI TU! KEKEKE!!!-

Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.

"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti," Karpal dipetik mStar sebagai berkata. 

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad di Georgetown, Pulau Pinang di sini.

Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.


Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List