Friday 26 April 2013

PRU-13 SARAWAK: LAGI KAWASAN DI SANTUBONG TERIMA BEKALAN AIR BERSIH!

-KESABARAN PENDUDUK YANG TERDIRI DARIPADA 37 BUAH KELUARGA DI KAMPUNG TERSEBUT AKHIRNYA MEMBUAHKAN HASIL MENIKMATI BEKALAN AIR BERSIH TERAWAT! BN MEMANG MENEPATI JANJI!-

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Bedaun, Jalan Sultan Tengah, Santubong berdekatan dengan Bandaraya Kuching di sini diadakan sempena upacara Pelancaran Bekalan Air Paip oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua & Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dan penyandang kerusi Parlimen Santubong yang juga calon BN Santubong pa PRU-13 Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.

Penantian sekian lama serta kesabaran penduduk yang terdiri daripada 37 buah keluarga yang tinggal di kampung tersebut akhirnya membuahkan hasil menikmati bekalan air bersih terawat. 

Jelas terpancar keriangan di wajah penduduk terutama Pakcik Sebli Aris berusia 96 tahun iaitu peneroka terawal kampung ini yang terletaknya di sebelah simpang ke kiri selepas Jambatan Santubong dalam perjalanan kita menghala ke Pusat Peranginan Damai.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk isteri Junaidi Datin Hajah Feona Sim Abdullah, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar II Haji Julaihi Narawi, ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi serta isteri beliau Hajah Siti Shorgayah Mohd Zaidin, Timbalan Pengerusi PBB Pantai Damai PBB Drahman Jeladin dan jemputan yang lain.    




Pakcik Sebli Aris berusia 96 tahun iaitu peneroka terawal kampung ini



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List