Sunday, 28 April 2013

PRU-13 SARAWAK: CALON PKR PETRA JAYA TERPAKSA "CIPTA" ISU DEK KETANDUSAN IDEA

-KALAU ASAL USUL CALON BN & JUGA PENYANDANG KERUSI PARLIMEN PETRA JAYA DATUK HAJI FADILLAH DARI SIBU DIPERTIKAIKAN, SAUDARA NAZIB PERLU BERTANYA DAHULU DENGAN PRESIDEN PKR SENDIRI BAGAIMANA DATIN SRI WAN AZIZAH YANG BERASAL DARI KEDAH NAMUN BERTANDING DI PERMATANG PAUH, PULAU PINANG DALAM PRU12 TAHUN 2008! KEKEKE!!!-


Ketua AMK Sarawak dan juga calon PKR Ahmad Nazib Johari di Parlimen Petra Jaya dalam PRU-13 nyata amat tertekan sekali sehinggakan beliau terpaksa membangkitkan isu-isu yang dianggap remeh dan langsung tidak relevan serta memberi sebarang keuntungan kepada rakyat, khususnya penduduk Petra Jaya.

Sebagai seorang peguam dan pengamal undang-undang yang semuanya berlandaskan kepada fakta-fakta nyata dan relevan, saudara Nazib seharusnya lebih arif  lagi dan bijak dalam mencari sesuatu dalil atau hujah lebih afdal untuk dijadikan bahan "arguement" bukan setakat untuk "tangkap muat" sahaja semata-mata sebagai syarat seorang calon.

Nyata saudara Nazib begitu terdesak dan ketandusan ilham untuk mencari isu-isu yang layak dibangkitkan sepanjang minggu pertama tempoh berkempen PRU-13 kerana selain dari "mengitar-semula" dan meng"rebranding" janji-janji lama pembangkang terutamanya sewaktu PRU-12 pada tahun 2008 dulu, yang sehingga ke hari ini (setelah lima tahun) secara keseluruhannya hanya lebihkurang 13 peratus yang mampu dikota pihak pembangkang, itupun setelah ianya dibangkit dan sesetengahnya setelah rakyat mengadakan demonstrasi memaksa pembangkang menunaikan janji mereka, malahan ada juga hingga ke tahap mahkamah.

Jelas saudara Nazib tiada ruang langsung untuk mencari sebarang kelemahan yang benar-benar boleh digunakan sebagai dalam pentakbiran Parlimen  Petra Jaya dimana beliau hanya  hanya mampu membangkitkan isu-isu nasional yang kebanyakkan dianggap tiada kaitan secara langsung dengan negeri Sarawak dan kemuncak kegersangan idea saudara Nazib begitu signifikan sekali boleh dilihat pada ceramah di Taman Sukma beberapa malam yang lepas, dimana beliau secara tidak sengaja membuka pekungnya sendiri akan ketidakmatangannya (atau "masih legik") dalam dunia politik apabila mempertikaikan asal usul calon Barisan Nasional (BN) Petra Jaya iaitu Datuk Haji Fadillah Haji Yusof yang juga penyandang bagi kerusi Parlimen tersebut.

"Fadillah tidak layak bertanding di Petra Jaya kerana dia adalah orang Sibu...saya warga Petra Jaya lebih layak menjadi MP di Petrajaya," demikianlah seruan saudara Nazib dalam ceramah tersebut yang dianggap begitu kebudak-budakan.

Kalau secetek itulah intelektual pemikiran saudara Nazib sebagai calon PKR di Petra Jaya untuk bertanding secara satu lawan satu dengan Datuk Haji Fadillah, yang juga memegang portfolio Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif (MOSTI) pada penggal Parlimen yang lepas, adapun negara kita mengamalkan demokrasi melalui proses pilihanraya, ada baik dan wajarnya saudara Nazib "membungkuskan beg pakaiannya" dan balik ke Semenanjung sekarang juga daripada membuang masa rakyat.

Biarpun kata-kata beliau mungkin hanya berniat provokatif, ia sebenarnya memberi gambaran sebenar secara umum bertapa sempitnya pandangan dan kepekaan saudara Nazib terhadap isu-isu semasa dan bukannya berniat untuk menghina atau memandang rendah, namun persoalan yang lazimnya akan timbul dalam fikiran pengundi-pengundi dalam sesuatu situasi sebegini adalah bertanya setahap manakah kesungguhan dan kemampuan mana-mana individu menpunyai mentaliti dan pandangan yang sedemikian namun ada cita-cita tinggi  pemimpin kepada penduduk Petra Jaya di peringkat Parlimen? 

Sememangnya, mungkin juga ada kebenarannya dari keluhan beberapa individu PKR Sarawak, khususnya di kawasan Petra Jaya yang berpendapat saudara Nazib sebenarnya belum lagi bersedia terutamanya dari segi mental untuk bertanding dalam PRU-13 apatah lagi menentang seorang calon BN yang bukan calang-calangnya seperti Datuk Haji Fadillah yang juga merupakan Ketua saya Pemuda PBB dan Ketua Pemuda BN Sarawak, ditambahkan lagi, saudara Nazib telah diberi peluang untuk bertanding untuk merebut kerusi DUN Satok dalam PRN pada tahun 2011 namun beliau ditewaskan oleh Naib Presiden PBB dan juga Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang haji Openg.

Difahamkan, calon PKR sebenar yang lebih layak bertanding dalam PRU-13 untuk merebut kerusi Parlimen Petra Jaya Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen yang terlebih dahulu diwar-warkan akan bertanding dan bukan saja beliau mendapat sokongan padu dari akar umbi malahan sokongan secara terbuka dari Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamauddin kerana kekerapannya untuk "turun padang" secara konsisten bukan seperti sesetengah individu yang hanya akan tiba-tiba kembali dan "muncul" menunjukkan muka hanya beberapa minggu sebelum mana-mana pilihanraya namun malangnya, cita-cita Norhanim tidak kesampaian kerana dia telah dikatakan "dicantas" oleh seseorang yang mempunyai  kepentingan dalam perkara ini.

Namun begitu, ramai dikalangan ahli-ahli PKR, terutamanya mereka yang diperingkat akar umbi bersetuju dan bersependapat, adalah lebih wajar dan adil bagi Nazib sekiranya beliau secara "gentleman" memberi peluang kepada Norhanim untuk bertanding dalam PRU-13 berdasarkan beberapa perkara yang munasabah seperti; 

1. Norhanim telah lama berkempen di kawasan Petra Jaya dan memahami segala permasaalah berbanding dengan Nazib yang bermastautin bekerja di Semenanjung.

2. Sokongan ahli-ahli PKR terutamanya mereka di kawasan Petra Jaya rata-ratanya  lebih menyebelahi kepada Norhanim berbanding dengan Nazib.

3. Sebagai Ketua AMK Negeri, Nazib juga diperkatakan yang beliau sepatutnya menunjukkan contoh akan sikap "setiakawan" di antara pemimpin-pemimpin tertinggi PKR negeri dengan mengundurkan diri secara terhormat kerana beliau telahpun diberi peluang bertanding dalam PRN 2011 dan seatutnya, menyokong penuh agar Norhanim menggantinya biarpun namanya telah tersenarai sebagai calon.

"Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih", malah didalam berapa artikel rakan UnreotedNews ada memberi gambaran walaupun nama Norhanim telah dihantar dan disokong secara peribadi oleh Zuraida Kamaruddin keada Jawatankuasa Pemilihan Calon PKR PRU-13, terdapat individu yang menggunakan kelebihan pergaulannya dengan pemimpin-pemimpin tertinggi KR di Semenanjung tidak putus asa melobi disaat-saat sehinggalah calon-calon PKR diputuskan seperti yang ada kini.

Pesanan ikhlas dari UnReportedNews™® kepada saudara Nazib, pernah tak saudara mendengar peribahasa lama, "Dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung," demikianlah juga ibaratnya perjalanan politik Datuk Haji Fadillah yang berasal  dari Sibu, namun berkat usaha gigih dan keikhlasannya untuk berkhidmat kepada masyarakat Petra Jaya, kepimpinan beliau kian diterima oleh penduduk setempat dengan tangan yang terbuka dan sokongan yang tidak berbelah bagi, kalau saudara Nazib tidak percaya dan sketikal, tengoklah berapa jauhnya majoriti undi kemenangan Datuk Haji Fadillah dalam keputusan PRU-13 nanti, InsyaAllah.

Walaupun seseorang yang berasal dari Petra Jaya dan (arum bulaklah) duduk "bertapa" bertahun-tahun di kawasan tersebut namun jika beliau "tiada usaha untuk berbakti keada masyarakat setempat di sana malah  hanya tahu mengkritik dan mencari salah kerajaan", maka tiada faedahnya juga kan, betul tak? Rasa-rasanya kebijaksanaan adik-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari Petra Jaya yang sudah lama mencapai kematangan dalam menilai dan membuat pilihan yang tepat memanglah tidak boleh dipertikaikan dan InsyaAllah, mereka akan terus memberi sokongan kepada Datuk Haji Fadillah dan BN dalam PRU-13 nanti.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List