Tuesday, 30 April 2013

PRU-13: ANWAR NI BIAR BETUL!

-ANWAR KE HULU-HILIR, TERMASUK SARAWAK, MENDAKWA YANG KONONNYA EKONOMI MALAYSIA MERUNDUM BILA DATUK SERI NAJIB JADI PM MALAH, TANPA MALU MENDABIK DADA MENGAKUI DIRI "PENYELAMAT" MALAYSIA DARI "KEGAWATAN DUNIA" (1997) BIARPUN HAKIKATNYA, SEMUA MENGETAHUI NIATNYA INGIN MEMUFLISKAN NEGARA MENERUSI PINJAMAN IMF & TUN M LAH "HERO" YANG SEBENAR! SAMPAI BERBUIH MULUT ANWAR CUBA MENEBAR AUTA, ALIH-ALIH, LAPORAN TINJAUAN EKONOMI IMF (ENTITI YANG DIKENALPASTI ADA HUBUNGAN RAPAT DENGANNYA) MENGKLASIFIKASIKAN MALAYSIA PADA KEDUDUKAN TERTINGGI DIKALANGAN NEGARA YANG SEDANG MEMBANGUN! KEKEKE!!!-

"Sayalah pakar segalnya," Anwar di salah satu ceramahnya di Sarawak
Dalam satu tinjauan ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, Putrajaya telah tersenarai diantara yang pusat pentadbiran negara pesat membangun dengan meraih markah tinggi kerana berpotensi memunyai daya tahan tinggi hadapi tekanan global setelah 

Secara keseluruhannya, Malaysia pada kedudukan tinggi dalam kalangan negara sedang membangun dalam Indeks Kekukuhan Institusi dan dalam indeks IMF berkenaan, pencapaian markah yang lebih tinggi menunjukkan ke-stabilan politik, birokrasi lebih baik, kurang konflik dan rasuah. 

"IMF dalam Tinjauan Ekonomi Serantau bagi Asia dan Pasifik April 2013 yang diterbitkannya semalam, berkata sesebuah negara yang mempunyai kestabilan politik yang tinggi – hasil daripada perpaduan dalam kerajaan, Parlimen yang kukuh dan mendapat sokongan popular rakyat, di samping birokrasi yang lebih baik dan kadar rasuah yang rendah, mempunyai daya tahan lebih tinggi daripada tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan awam ketika ekonomi sedang berkembang kukuh."

Malaysia meraih markah lebih 70 mata dalam indeks yang mengukur kekukuhan institusi dari sifar hingga 100 itu dan ianya adalah jauh lebih tinggi berbanding Indonesia, India dan Filipina, yang mana masing-masing meraih markah kurang 60 mata sementara, Vietnam, China serta Ekonomi Baru Muncul Eropah dan Negara Komanwel Merdeka (EME/CIS) pula berada dalam jajaran antara 60 hingga 70 mata.

IMF dalam Tinjauan Ekonomi Serantau bagi Asia dan Pasifik April 2013 yang diterbitkannya semalam, berkata sesebuah negara yang mempunyai kestabilan politik yang tinggi – hasil daripada perpaduan dalam kerajaan, Parlimen yang kukuh dan mendapat sokongan popular rakyat, di samping birokrasi yang lebih baik dan kadar rasuah yang rendah, mempunyai daya tahan lebih tinggi daripada tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan awam ketika ekonomi sedang berkembang kukuh. 

Justeru, katanya, ia memberikan negara berkenaan lebih ruang untuk melaksanakan dasar rangsangan fiskal ketika berlaku kelembapan ekonomi.

Agensi di bawah Bank Dunia itu berkata, pemberian subsidi makanan dan tenaga, yang mengakibatkan tanggungan kos fiskal secara langsung sebanyak dua peratus setahun daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara seperti China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan Asia Selatan boleh distruktur semula secara berperingkat dan digantikan dengan program khusus seperti pemberian tunai secara langsung.

Dengan perlaksanaan program pemberian tunai yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disasarkan untuk mengurangkan bebanan kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan penganggur dengan secara tidak langsung juga telah menjanakan ekonomi negara dengan pengaliran wang tunai dalam jumlah yang besa.

IMF dilaporkan sebagai berkata, untuk tahun ini, pertumbuhan ekonomi Asean dijangka kekal mantap, disokong permintaan domestik yang kukuh dan di Malaysia, beberapa projek besar di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan merangsangkan aktiviti pelaburan.

"Walaupun ekonomi global yang masih tidak menentu memberi kesan kepada negara ekonomi terbuka, bagi Malaysia dan Thailand, permintaan domestiknya masih berupaya menyerap kejutan luaran dan permintaan domestik negara berkenaan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap satu tahap kejutan luaran. Namun, ia mungkin menerima kesan jika berlaku kejutan yang berganda.

Tambah IMF, banyak negara ASEAN, khususnya Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand terus mencatat pertumbuhan ekonomi didorong permintaan domestik yang kukuh meskipun pertumbuhan serantau yang lemah. 

Ia sebahagiannya disokong oleh pelaksanaan dasar kewangan dan pendirian fiskal yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan sebagai contoh, langkah berkaitan kredit yang dilaksanakan seperti memperketatkan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) membantu membendung peningkatan harga hartanah di Malaysia, China, Hong Kong dan Singapura.

Hakikatnya, untuk mencapai tahap kejayaan yang dikecapi Malaysia, bukan saja ianya memerlukan satu perancangan ekonomi negara yang begitu rapi dan amat terperinci malah, ianya melibatkan juga kepakaran ekonomi dunia dan nyata, kerajaan Barisan Nasional (BN), pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul kerana semuanya telah tercapai dalam tempoh empat tahun ssetelah beliau menerajui kerajaan Malaysia, walaupun hanya Anwar dan kroni-kroni, menyatakan yang sebaliknya, bertentangan sekali dengan penilaian-penilaian yang telah dihasilkan oleh badan-badan ekonomi dunia terhadap Malaysia.

Dalam ertikata lain, Anwar tidak boleh "mengelentong" lagi akan fakta-fakta sejarah yang telah dimanipulasinya agar memberi gambaran beliaulah "pakar segala pakar" dalam apa jua bidang kerana Najib telah membuktikan apa yang mampu lakukan untuk masadepan Malaysia jika terus diberi mandat untuk menerajui negara ini untuk lima tahun lagi (setelah PRU-13)! Anwar, you're history! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List