Friday 5 April 2013

PAKATAN RAKYAT BELUM SEPAKAT DALAM PENAMAAN CALON PRU KE 13

-MASING-MASING NAKKAN KERUSI YANG LEBIH, KALO NAK SANGAT MEH SINI AMBIK KERUSI KAT RUMAH AKU! CAMNER NAK URUSKAN NEGARA SEDANGKAN BAB PEMBAHAGIAN KERUSI PUN TAK CAPAI KATA SEPAKAT? KEKEKE!!!-

Guan Eng selepas mesyuarat di ibu pejabat PR semalam
Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR, DAP dan PAS masih belum selesai dengan rundingan senarai akhir calon  walaupun Dewan Rakyat sudah dibubarkan dan Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi.

Pemimpin utama PR yang ditemui selepas mesyuarat di ibu pejabat PKR berkata mereka masih memerlukan masa lagi untuk melengkapkan senarai akhir calon dan akan meneruskan perbincangan pada keesokkan hari.

“Bersambung esok... esok kita bersambung,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya wartawan tentang senarai calon sebaik sahaja selesai bermesyuarat.

Sehari seblum itu, timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PR akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tentang senarai calon walau bagaimanapun pada saat akhir ia dibatalkan semalam.

“Esok sambung mesyuarat tentang kerusi.

“Hari ini mesyuarat biasa-biasa sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pemimpin PAS Datuk Mustafa Ali dan Datuk Husam Musa yang ditemui juga memberitahu media tiada keputusan muktamad tentang calon diputuskan dalam mesyuarat hari ini dan berkata tunggu sehingga keputusan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi PR tidak lama lagi. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List