Monday, 25 February 2013

PEMBOHONGAN TERKINI ANWAR IBRAHIM YANG SELURUH RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU!

-BAGAIKAN "KETAGIHAN" UNTUK BERBOHONG, ANWAR IBRAHIM YANG MEMPERGUNAKAN KEPAKARANNYA MENYAKINI ORANG RAMAI MENJAJA PEMBOHONGANNYA DISERATA MALAYSIA. BERBOHONG BAGAIKAN RUTIN HARIANNYA & SEHINGGAKAN ADA YANG BERPENDAPAT JIKA SATU HARI LIDAHNYA TIDAK MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK BENAR, BERKEMUNGKINAN BELIAU AKAN RESAH-GELISAH MALAHAN MUNGKIN JATUH SAKIT! KEKEKE!!!-

"Negeri-negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 ini!" Itulah intipati pembohongan terkini yang dijaja oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di setiap kawasan yang di lawatnya di Sarawak.

Malah di beberapa kawasan, beliau akan mempertayangkan slide-slide gambarnya ketika berkempen di Sarawak yang mempunyai imej penyokong-penyokongnya ketika dia memberi ceramah-ceramah di negeri-negeri di Semenanjung.

Dengan gah Anwar menyatakan, "Kali ini, BN akan terkubur kerana rakyat sudah memberontak, rakyat mahukan perubahan, rakyat tidak mahu lagi BN!," sambil menunjukkan gambar-gambar berkenaan.

Ya, memang ramai, ada yang 500 orang, 1,000 atau 5,000 yang hadir di sesetiap tempatnya berkempen di Semenanjung Malaysia tapi dari sumber yang aku dapat dari Semenanjung, kebanyakkan individu-individu dalam gambar-gambar itu adalah penyokong tegarnya yang sama, diheret kesana ke mari ke setiap ceramah-ceramahnya.

Tujuannya, adalah untuk "meramaikan" atau "menyerikan" ceramahnya untuk memberi gambaran yang sokongan terhadap pembangkang di negeri-negeri di Semenanjung sudah meningkat dan boleh menumbangkan BN dalam PRU ke 13. 

"Keramaian atau kebangkitan" rakyat di Semenanjung itu dirakam agar dipertunjukkan kepada kami di Sarawak ini dengan harapan akan menimbulkan perasaan "khuatir was-was atau menghilangkan keyakinan" kepada BN dan memperdayakan pengundi-pengundi Negeri Bumi Kenyalang secara saikologi dan mengalih sokongan kepada Pakatan.

Sungguh kreatif and berinnovasi taktik yang digunakan Anwar Ibrahim yang semenangnya pakar dan mempermainkan perasaan orang ramai dengan memberi harapan yang meninggi namun sesungguhnya semua itu adalah omomg kosong belaka.

Dengan bermodalkan material-material ini, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya pergi berkempen di seluruh pelusuk Sarawak mengatakan Semenanjung akan mereka tawan dalam PRU nanti maka rakyat Sarawak juga harus berbuat demikian jika tidak mahu "ketinggalan" dalam reformasi politik Malaysia!

Ketika berkempen di Sarawak pula, Anwar Ibrahim mengambil peluang "merakamkan sokongan" rakyat negeri ini pula untuk dijaja di Semenanjung. Licik kan?  

Sumber aku turut menyatakan Anwar Ibrahim ketika berkempen di satu kawasan di Semenanjung pernah mengeluarkan kata-kata, "Kali ini sudah pasti, Putra Jaya akan kita tawan kerana rakyat Sarawak & Sabah, tulang belakang BN sudah mula menyokong Pakatan!"

Dan seperti biasa, beliau akan mempertontonkan gambar-gambar orang ramai yang datang ke ceramahnya..ya memang ramai, ada beratus, paling ramai seribu orang tapi seperti taktik yang digunakan di Semenanjung, penyokong-penyokong tersebut telah di "import" dari luar kawasan di mana ceramah bersebut di adakan.

Difahamkan, ceramah-ceramah tersebut juga dirakam agar dijadikan modal di Semenanjung nanti untuk memberi gambaran yang ramai rakyat Sarawak menyokong Pakatan.

Jadi, sekiranya ada akan-rakan blogger, sahabat handai, adik-kakak-abang, pakcik-makcik dan seluruh saudara saya di Semenanjung Malaysia dipertontonkan gambar-gambar "sokongan padu rakyat Sarawak" oleh Anwar Ibrahim dalam kempennya, jangan terpedaya, semuanya pembohongan!

Terus terang aku nyatakan, ceramah Anwar ibrahim yang merekodkan sambutan yang dikatakan "ramai" adalah di Samarahan pada bulan lepas iaitu lebih kurang 3,500 orang namun jumlah "besar" tersebut disebabkan oleh faktor ianya diadakan berhampiran pusat membeli belah utama kawasan tersebut dan penduduk disana mahukan sedikit "hiburan"!

Jumlah kehadiran orang ramai yang menghadiri ceramah-ceramah beliau sebenarnya begitu sadis nak diperkatakan dan pernah juga di satu ceramahnya di Lundu, cuma puluhan orang yang hadir sehingga beliau marah dan bergegas pergi ke destinasi yang seterusnya.

Kami rakyat Sarawak telah jelas menolak Pakatan, lebih-lebih lagi kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Negeri dalam 2011 yang lepas dan majoriti penduduk Sarawak berkeyakinan dengan pimpinan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya, pembohongan yang Sarawak akan jatuh di tangan Pakatan nanti ada propangada murahan kerana semestinya kami akan memberi sokongan padu kepada BN dalam PRU ke 13 nanti! 

Doa kami, agar saudara-saudara kami di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang juga boleh menilaikan secara rasional ketelusan, kesungguhan dan keikhlasan BN dalam menerajui negara ini tanpa melupakan aspek keperluan dan kehendak rakyat Malaysia! Wallahuallam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List