Saturday, 16 February 2013

GAMBAR "SABAH INVADED" ADALAH "SUPER-IMPOSED" & LAHAD DATU TERKAWAL!

-GAMBAR DIBAWAH INI YANG DISEBARKAN OLEH CYBERTROOPER PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN SUASANA KETAKUTAN PADA PENDUDUK TEMPATAN NEGERI SABAH SERTA MEMPERSOALKAN KESIAPSIAGAM KESELAMATAN MALAYSIA KHUSUSNYA KAPALSELAM MILIK NEGARA! (MYMASSA)-

Gambar asal di laman Web MNLFNET.com telah ditokok tambah seolah-olah Negeri Sabah telah berjaya ditawan oleh Warga Asing Bersenjata. 
Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera Malaysia dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai Selasa lalu dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.

Menurut laporan KL Pos semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.

"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.


"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat sini hari ini.

Beliau juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihak berkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya.

Hishamuddin juga mengesahkan pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri. 

Sebelum ini, pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List