Friday, 8 February 2013

CUBAAN SABOTAJ PAKATAN KE ATAS SAMBUTAN CNY BN PULAU PINANG

-ANTARA USAHA-USAHA MEREKA ADALAH MENGHANTAR "BERITA-BERITA & MAKLUMAT NEGATIF" MENGENAI MALAYSIA KE AKAUN FACEBOOK PSY AGAR MEMBATALKAN NIATNYA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MALAYSIA & PAKATAN JUGA DIFAHAMKAN SANGGUP MEMBAYAR SEGALA GANTI RUGI PSY JIKA MEMBATALKAN PERSEMBAHANNYA! HAI, DAH TAKDE MODAL LAGI KER? ADA TAK HANTAR SEKALI SEGALA BUTIRAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM KEPADA FACEBOOK PSY? KEKEKE!!!-

Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diarahkan oleh kepimpinan pusat untuk menggagalkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang pada 11 Februari ini yang turut dimeriahkan oleh penyanyi Korea yang popular dengan lagu Gangnam-Style, Psy.

Keputusan ini dibuat memandangkan penganjuran acara tersebut adalah bermotifkan politik semata-mata dan cuba mengaburi mata rakyat seolah-olah masyarakat di Pulau Pinang sudah kembali menyokong BN dalam pilihanraya akan datang-berselindung di sebalik nama untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Keputusan ini dibuat setelah pelbagai usaha fizikal seperti menurunkan poster ucapan Tahun Baru Cina dari Najib dan sebagainya, dilihat gagal mengurangkan keterujaan rakyat Pulau Pinang (termasuk dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri) untuk menghadiri majlis tersebut.

Buat permulaan, pelbagai usaha dalam skala besar telah dibuat di laman Facebook milik Psy, mendesak penyanyi tersebut membatalkan kedatangannya ke negara ini.  Sejumlah pemilik akaun Facebook milik rakyat negara ini dari dalam dan luar negara telah dikerah untuk melaksanakan perkara tersebut.

Pakatan Rakyat berharap, segala maklumat yang dihantar melalui laman Facebook tersebut mengenai Malaysia kepada Psy, antaranya negara paling korup di dunia dan sebagainya, akan mempengaruhi keputusan Psy untuk datang ke Malaysia kerana dikhuatiri akan merosakkan imej penyanyi tersebut.

Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga dilaporkan bersedia untuk membayar ganti rugi dalam jumlah yang sama kepada Psy jika beliau bersetuju untuk membatalkan kehadirannya dalam majlis tersebut.  Pendek kata disitu, imej Psy akan terpelihara kerana tidak bersekongkol dengan pihak yang korup dan dalam masa yang sama tidak kehilangan punca pendapatan juga.

Jika usaha memujuk Psy gagal dan acara tersebut di teruskan juga, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan mengerah anggota Pasukan Sukarela (PSS) negeri tersebut untuk memastikan acara tersebut gagal dari mencapai objektifnya.

Pelbagai rancangan telah diatur untuk memastikan rakyat menjauhi acara tersebut, dan sekiranya mereka hadir sekalipun, mereka akan pulang dengan kenangan pahit dan rasa benci yang amat mendalam ke atas BN. (Sumber: KLxpress)

Dipetik dari laman web pro pembangkang
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik KL Pos mempersoalkan tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang cuba mensabotaj sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di negeri itu minggu depan.

Menurutnya, tindakan itu dilihat bermotifkan politik semata-mata sehingga mengenepikan kegembiraan rakyat untuk menyambut hari perayaan.

"Kita buat satu majlis semata mahu raikan perayaan, khusus untuk masyarakat Cina.
"Kenapa pula majlis yang bertujuan baik itu nak dicemar dengan unsur politik yang tiada kena mengena dengan tujuan majlis tersebut diadakan?

"Dia nak buat majlis, buatlah, kita tak halang. Kenapa mereka perlu halang majlis kita? 

Sehingga nak turunkan poster," katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini

Perdana Menteri dijadualkan akan bersama-sama rakyat Pulau Pinang dalam meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di negeri itu pada minggu hadapan.

Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpinan DAP mula menimbulkan isu dengan mempersoalkan artis antarabangsa, Psy yang terkenal dengan lagu 'Gangnam Style' sebagai artis jemputan.

Beberapa blog pro-pembangkang turut mendakwa Psy diundang dengan menggunakan wang rakyat dan satu pembaziran sedangkan beliau (Psy) dibayar oleh syarikat swasta, bukan kerajaan persekutuan.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List