Thursday 17 January 2013

SARAWAK, SASARAN PKR SETERUSNYA?

-RUANG RUMAH SENDIRI BERGELIMPANGAN DENGAN SAMPAH & NAJIS NAMUN SEMPAT MENYAPU DI HALAMAN RUMAH JIRAN .. ITULAH SIKAP "MUNAFIQ" YANG DI PERTONTONKAN OLEH MB SELANGOR KHA..KHA..KHALID IBRA..RA..RA..RAHIM & PKR!-KEKEKE!!!-
 
Mengapa Kerajaan PKR Selangor beriya-iya membuat "pelaburan" untuk membina semula rumah panjang yang terbakar di Ulu Kerian, Saratok di Sarawak dua tahun dahulu yang bernilai RM360,000? (sila klik di sini)
Sedangkan PKR Selangor langsung tidak bertanggungjawab terhadap krisis bekalan air yang melanda di negeri itu sejak 29 Disember lalu telah menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan-kawasan terlibat.
Dua hari lepas, Setiausaha Kehormat Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (Mapem), Halim Mohamad di petik Malaysian Digest berkata, "Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera menggantikan aset-aset usang yang sedang digunakan oleh Syabas, dan jika perlu, membina kemudahan-kemudahan baru seperti rumah pam mengikut cadangan-cadangan teknikal yang telah dimajukan oleh Syabas sejak 2008 lagi."


Mengapa PKR Selangor "bermurah hati" sangat memberi bantuan hampir setengah juta ringgit kepada Sarawak sedangkan jumlah tersebut mungkin dapat mengurangkan sebahagian daripada kos pengantian aset-aset yang usang yang sepertimana yang di nyatakan Halim untuk mengurangkan kesengsaraan rakyat Selangor.
Di sini jelas, sikap hipokrasi dan munafik PKR di pertontonkan oleh mereka dimana mereka hanya akan melakonkan "keperihatinan" mereka ke atas sesebuah negeri yang belum mereka di kuasai dan sekiranya berjaya, nescaya Sarawak juga akan di layan seperti mana PKR melayan Selangor sekarang!
Hakikatnya, pembinaan Rumah Panjang Unding di Saratok, Sarawak yang di biayai PKR hanya bermotifkan kepentingan PKR sendiri dan berkecenderungan untuk menarik undi di luar bandar di kawasan tersebut sahaja.
Terimakasih juga kepada tindakan PKR Selangor yang seumpama, "menyusukan anak orang lain di luar, anak sendiri di rumah mati kelaparan", juga mungkin boleh membuka mata dan minda semua MP serta ADUN BN Sarawak yang "langit itu tidak selalunya cerah" maka jangan hanya turun ke padang dalam "musim pilihanraya" sahaja tapi hendaklah sentiasa dipraktikkan kerana ianya adalah rutin dan tanggungjawab kalian seharian.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List