Monday, 28 January 2013

JAMINAN KEMENANGAN MAJORITI DUA PERTIGA DI SARAWAK PADA PRU-13

-KEYAKINAN TERSEBUT ADALAH HASIL KOMITMEN DITUNJUKKAN OLEH AHLI-AHLI PARLIMEN BN SARAWAK YANG BEKERJA KERAS MEMBAWA PELBAGAI PEMBANGUNAN, KEMUDAHAN & PROJEK-PROJEK "MESRA-MASYARAKAT" DISEPANJANG PENGGAL INI! PASTINYA PEMBANGKANG KINI MENGIGIT JARI KERANA SELAMA INI MEREKA HANYA MENJAJA AIR LIUR KE SANA SINI BERPOLITIK! KEKEKE!!!-

 
Perlaksanaan pembangunan, penyediaan infrastruktor dan kemudahan, pengagihan bantuan dan pelbagai variasi program khususnya buat rakyat negeri ini yang telah diimplimentasikan secara konsisten oleh kerajaan BN, baik pada peringkat negeri mahupun pusat selama ini diyakini mampu menjadi pemampan memberi kemenangan majoriti dua pertiga di Sarawak dalam PRU ke-13 nanti.
 
Keyakinan untuk mempertahan dan mengekalkan BN Sarawak sebagai kerajaan negeri digambarkan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadiri sesi mesyuarat peringkat BN Sarawak yang telah diadakan di ibupejabat PBB di Jalan Bako di sini semalam.
 
Menurut sumber dalaman, antara topik-topik panas dan menarik yang telah dibincangkan sewaktu mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan ketiga-tiga parti komponen BN Sarawak; PRS, SUPP dan SPDP adalah memastikan "kemenangan bergaya" dengan memastikan, "Tiada masaalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga!"
 
Terdahulu, Muhyiddin, yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia yang sedang dalam lawatan jangkakerja selama tiga hari di sini bermula dari semalam nyata amat berpuashati dengan sesi "briefing" mengenai perkembangan terkini di Sarawak yang juga turut dihadiri kabinet menteri negeri.
 
Berbanding dengan PRU ke-12 (2008), ternyata, BN Sarawak kali ini bersungguh-sungguh serta komited dengan begitu nekad dalam usaha mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU ke-13 nanti untuk mendapatkan kemenangan mutlak. Ianya jelas dilihat dari perlaksanaan projek-projek pembangunan dan socio-ekonomi diimplimentasikan menerusi perancangan ang begitu teliti secara intensif.
 
Tahniah buat BN Sarawak diatas kesungguhan yang ditunjukkan dan semoga semangat tersebut akan dapat disinambungankan secara berpanjangan untuk Sarawak terus kekal menjadi fix-deposit" BN pada setiap musim Pilihanraya, baik diperingkat negeri mahupun Umum.
 
Pandangan peribadi UnReportedNews™® ke atas keikhlasan yang diperlihatkan oleh kerajaan BN Sarawak dibawah pimpinan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk menempah kemenangan agar terus menerajui Kerajaan Malaysia seharusnya dihargai oleh Kerajaan BN Pusat dengan menunjuk keikhlasan mereka dengan melantik lebih ramai lagi pemimpin atau Ahli Parlimen dari Sarawak memegang portfolio Menteri mahupun Timbalan Menteri dalam penubuhan kabinet Kerajaan Malaysia kelak.
 
Kerajaan BN Pusat seharusnya peka dengan keadaan negeri Sarawak dan permasalahan yang dihadapi kerajaan negeri dari semua aspek sebagai contohnya untuk mentakbirkan sebuah negeri yang mempunyai keluasan seluas Sarawak serta keadaan landskapnya yang "tidak-mesra-logistik-darat" dan taburan penduduk dihampir seluruh pelusuk negeri, Sarawak seharusnya juga mendapat peruntukan yang lebih besar lagi untuk segala urusan pentadbiran untuk memastikan sokongan rakyat Sarawak kepada BN berterusan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List