Saturday, 5 January 2013

HADI AWANG "TERKAFIRKAN" DIRI SENDIRI 32 TAHUN LEPAS?!

-KERANA KESOMBONGAN, BONGKAK & KEPENTINGAN SENDIRI, HADI TERLAFAZ KATA-KATA YANG MEMAKAN DIRNYA SENDIRI .. TAK PERLU MASUK AGAMA LAIN UNTUK KAFIR .. TETAPI AKAN KAFIR MENGAMAL "POLTIK SUKU, AGAMA SUKU" .. PAS DAH TIGA SUKU KOT?! KEKEKE!!!-
Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981,berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad. Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi :
 
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
 
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
 
Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Beliau kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap ‘politik suku,agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu. Menurut Islam,dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang memerangi Islam dan orang Islam. Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi. Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.
 
Justeru Itu,anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran. Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran. Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara,adik beradik ,keluarga dan suami-isteri.
 
Walaupun zaman telah berubah,namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya.Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Namun,yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi : "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)
 
Ini diperkuatkanlagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.Antara kandungan ucapan ini ialah : "Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga,PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya,selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti." dan 79.Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita,membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat ,agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan,memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan dan sebagainya.
 
Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,iaitu ketika PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya. PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib. Persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu,Hadi berkata; "Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu,maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini.Seandai menang dalam pilihan raya akan datang,pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!" Justeru,apa sudah jadi Hadi ??? Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi.Nampaknya,begitu tinggi sekali riak,takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya. MasyaAllah !!! Apa lagi yang nak dikata wahai pembaca Badut Rakyat Dr PAS ???
 
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List

UnReportedNews™® Labels List

18SX (17) 1Malaysia Clinic (1) 1MDB (1) 901 (9) Abang Johari (42) Abdul Aziz Isa (18) Abdul Aziz Mohd Yusof (3) Abdul Rahman Junaidi (26) Abdul Taib Mahmud (123) Abdullah Badawi (4) Abdullah Saidol (20) Accident (3) Adam Adli (7) Adenan Satem (28) Affandi Anuar (1) Affendi Jeman (1) Ahmad Husni Hanadzlah (2) Ahmad Lai (1) Ahmad Nazib (16) Aidel Lariwoo (2) Akramsyah Sanusi (1) Alan Ling Sie Kong (1) Alfred Jabu (11) Altantuya (8) Ambiga (15) AMK (1) AMK Sarawak (8) Anifah Aman (1) Annuar Rapaee (8) Anthony Luke (1) Anwar Ibrahim (347) Arip Ameran (4) Artist (1) Asfia Nassar (14) ATM (107) Australia (1) Awang Tengah (24) Aziz Ibrahim (7) Azmin Ali (50) Banghuris (1) Bangladesh (1) Baru Bian (13) Batang Sadong (2) Bawani (1) Belaga (1) Bersih (28) BiaDAP (88) Billy Abit Joo (1) BL1M (1) Bloggers Anak Sarawak™® (23) BN (113) BN Sarawak (178) book vouchers (1) BR1M (17) Brunei (2) Bujang Helmi (2) Chegu Bard (7) China (3) Chong Chieng Jen (32) Chua Soi Lek (1) Communists (7) CRIMA (1) Crime (180) CSL (2) CUEPACS (1) Cyber Trooper Sarawak (16) Dakwat Kekal (1) DAP (331) DAP BidDAP (2) Daud Abdul Rahman (24) DBKL (1) Deepak Jaikishan (3) Deklarasi Sarawak (1) Demak Laut (11) Dennis Ngau (3) Deputy Speaker Parliament (88) Derahman Jeladin (3) Douglas Uggah (3) Drugs (2) DUN Sarawak (31) DUN Tupong (11) Dustan Meling (1) Effendi Norwawi (2) Esscom (109) Ezam Nor (6) Fadillah Yusof (34) Fatimah Abdullah (7) Feona Sim (1) Festives Session (1) G5 (4) Gangsterism (30) Gay (1) GE (15) GE13 (38) Gerakan (2) Gobalakrishnan (1) GTP (1) Hackers (1) Hadi Awang (33) Harimau Muda Malaya (2) Harun Din (3) Hasan Ali (7) Hazland Hipni (16) Health (1) HINDRAF (1) Hishammddin Rais (3) Hishamuddin Husin (13) Husam Musa (7) Ibrahim Ali (1) Idris Buang (5) Idris Jala (1) Ik Pahon (1) Immigration Department (1) Indonesia (8) Institusi Raja-Raja (4) Iran (1) Islam (23) Ismail Sabri (3) Israel (10) Isthmus (1) James Masing (5) Jamil Khir Baharom (8) Jeffrey Kitingan (2) Jelaing Mersat (1) Jerip Susil (1) JKR (2) Johinical Rayong (1) Johor (10) Joseph Salang (2) Juanda Jaya (1) Julaihi Narawi (2) Jusuf Kalla (5) Kadir Sheikh Fadzir (3) Karim Hamzah (13) Karpal Singh (25) KDN (60) Kedah (9) Kelantan (21) Khairy Jamaluddin (5) Khaled Nordin (1) Khalid Ibrahim (61) Khalid Imath (1) Khalid Samad (1) Kiram III (111) Koh Su Koon (2) KPNDKK (6) KR1M (1) Kuala Besut (26) Kuala Lumpur (115) Lajim Ukin (6) Lanun Sulu (111) Larry Sng (5) Lawrence Lai (2) Lee Kuan Yew (3) Len Talif (3) LGBT (1) LHDN (3) Lim Guan Eng (81) Lim Kit Siang (22) Lim Su Kien (1) Liow Tiong Lai (1) List (1) Liwan Lagang (1) Lo Khere Chiang (1) M. Kayveas (2) Mahathir Mohamad (32) Mahfuz Omar (2) Mahkamah (38) Malaysia (18) Malaysia Royal Custom (1) Malaysiakini (1) Manifesto BN PRU-13 (2) MAS (14) Maslan Ahmad (6) Mat Sabu (9) MCA (9) Melaka (12) Melayu (5) Mesir (1) MH17 (26) MH370 (11) Micheal Manyin (3) Milosuam (1) Muhyiddin Yassin (14) Musa Aman (2) Mustafa Ali (13) Mustapa Mohamad (1) Najib Razak (164) Nallakarupan (4) Nancy Syukri (8) Naroden Majais (5) Nasharudin (9) Nazri Aziz (6) Negeri Sembilan (5) New Sarawak Tribune (1) NFC (1) Ngeh Koo Kam (7) Nik Aziz (40) Nik Azmi (1) Noh Omar (4) Norah Abdul Rahman (3) Norlia Abdul Rahman (1) NOW (1) Nur Misuari (21) Nurul Izzah (16) Ops Daulat (53) Other (145) Othman Mansur (1) Pahang (2) Pantai Damai (26) PAP (7) Parliament (4) Parliament Santubong (103) Parliment (1) Parliment Petra Jaya (16) PAS (231) Paulus Gumbang (8) PBB (123) PBB Youth (18) PBDS Baru (1) PDRM (338) Penan (2) Perak (12) Perlis (3) Peter Chin (12) Peter Nansian (9) Petronas (1) PKR (409) PM (9) Pondan (1) PPP (1) PPS (5) PR (448) PR1MA (1) PRK (25) PRS (23) PRU-14 (1) PSM (1) PTPTN (10) Pulau Pinang (43) Putra jaya (5) PWTC (4) Radio Free Sarawak (1) Rafizi Ramli (21) Rape (1) Rasuah (1) Razali Hamzah (1) RCI (2) Red Bean Army (4) Reformasi (1) Rentap Jabu (1) Richard Riot (3) Ripin Lamat (2) Robert Lian (1) Rocky's Bru (1) Rohani Karim (16) ROS (7) Rosey Yunus (10) Rosmah Mansur (8) RSN Rayer (1) Sabah (148) Saifuddin Nasution (3) Saiful Bukhari (7) SAPP (1) SAR (1) sara (1) Sarawak (355) Sarawak BN BBC (9) Sarawak GE (29) Sarawak Regatta (2) Sarawak Report (10) SCORE (3) Scorpene (8) See Chee How (4) Selangor (129) SGH (1) Shaberry Cheek (1) Shafiee Afdal (1) Shahrizat Jalil (8) Shamsidar Tahrin (13) Sharifah Hasidah (8) Sih Tua Tong (1) Sim Kui Hian (2) Singapore (8) Sivarasa (5) SKMM (3) Sng Chee Hua (1) SPDP (54) SPDP5 (15) Sports (16) SPR (16) SPRM (3) SSKM (1) Stephen Rundi (3) SUARAM (6) Sukan (2) Sukma Darmawan (1) SUPP (48) SWP (7) Syiah (4) Sylvester Entri (12) Tabung Baitulmal Sarawak (9) Taharuddin Yaakob (1) Taiwan (2) Talib Zulpilip (1) Tamrin Ghafar (1) Tan Joo Phoi (1) Tanjung Datu (15) Tengku Adenan Mansur (3) TERAS (11) Terengganu (40) Tian Chua (19) TIBAI (2) Tiki Lafe (13) Timbalan Menteri KDN (20) Ting Tze Fui (1) Tiong King Sing (2) Tiong Thai King (1) Tony Pua (4) TYT (10) Ummi Hafilda (4) UMNO (54) UPSR (1) USA (3) Vencent Lau Lee (1) Video (31) Violet Yong (1) Wan Azizah (36) Wan Hamzah Wan Paie (11) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (147) Wee Ka Siong (1) Wilfred Bumburing (2) William Mawan (25) Wong Ho Leng (16) Wong Judat (2) Wong King Wei (1) Wong Soon Koh (15) Xenophon (1) Yang di-Pertuan Agong (1) Yap Hoi Liong (1) Yong Khoon Seng (2) Yong Teck Lee (1) Zahid Hamidi (38) Zahrain Mohamed Hasyim (1) Zairil Khir Johari (2) Zulkifli Nordin (6) Zuraida Kamarudin (7)

UnReportedNews™® Declaration

UnReportedNews™® Privacy

The owner of UnReportedNews™® does not share personal information with third-parties nor does the owner store information is collected about your visit for use other than to analyze content performance through the use of cookies, which you can turn off at any time by modifying your Internet browser’s settings

The owner of UnReportedNews™® is not responsible for the republishing of the content found on this blog on other Web sites or media without permission

UnReportedNews™® Comments

The owner of UnReportedNews™® reserves the right to edit or delete any comments submitted to UnReportedNews™® without notice due to:

Comments deemed to be spam or questionable spam

Comments including profanity

Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

Comments that attack a person individually

UnReportedNews™® Terms & Conditions

All content provided on UnReportedNews™® is for informational purposes only

The owner of UnReportedNews™® makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site

The owner of UnReportedNews™® will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information

The owner of UnReportedNews™® will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information

UnReportedNews™®'s policy is subject to change at any time

UnReportedNews™®