Saturday, 10 November 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Buat Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo sempena perkahwinanan mereka pada 10hb November 2012.
Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Liputan eksklusif ini dibawakan khas oleh ntv7 setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam sidang media pada 3 November lalu.

Siaran langsung ‘streaming’ menerusi portal Tonton pula boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya.

Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Ikhlas dari,
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List