Saturday, 10 November 2012

JANGAN TIRU PEMBANGKANG


Satu point utama yang diperingatkan oleh Ketua Setiausaha Ketua Menteri Sarawak Abdullah Haji Saidol adalah jangan cuba meniru stail dan trend kebanyakkan blog-blog pembangkang yang hanya mensensasikan fitnah serta menyebarkan isu-isu yang belum pasti kesahihannya.

"Saya harap semua pengamal-pengamal media baru, lebih-lebih lagi mereka yang pro-BN jangan terikut-ikut cara bloggers pembangkang dengan penyebaran fitnah untuk mendapatkan hits pada blog mereka sebaliknya menulis berpandukan fakta, fakta dan fakta!!."

Abdullah, yang juga Ahli Dewan Undangan Semop dan juga Ketua Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Sarawak berkata demikian sewaktu sidang media selepas Program Kesedaran Undang-Undang Siber di Bandaraya Kuching di sini pagi tadi.

Di tanya mengenai persiapan serta persediaan "Cybertroopers-cybertroopers" BN menjelang PRU yang ke 13, Abdullah dengan tenang menjawab, " Ya, semestinya, kita sudah sedia."

Program setengah hari yang di anjurkan bersama oleh Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Sarawak, JASA, PDRM, SKMM dan pebagai agensi yangt di hadiri oleh lebih 200 pengamal media, kakitangan kerajaan, NGOs dan bloggers bertujuan memberi pendedahan mengenai undang-undang berkaitan alam siber.


Program yang di adakan di auditorioum Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah tadi juga mengenengahkan tiga pembentang kertas kerja dan salah seorang daripada mereka adalah mantan Senator dan juga peguam Dato Idris Buang.

Turut hadir adalah ahli-ahli Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Sarawak; Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Adel Lariwoo, Ripin Lamat dan yang lain-lain.

PS: Buat UnReportedNews™® serta rakan-rakan seperjuangan dari Bloggers Anak Sarawak™®, InsyaAllah, kami juga telah lama bersedia, baik dari segi fisikal dan mental untuk menghadapi PRU ke 13 demi memastikan kemenangan bagi BN.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List