Saturday, 21 April 2012

TERKANTOI BIADAP KAT RAJA, UMNO PULA YANG DIPERSALAHKAN!

-AMALAN MENYALAHKAH UMNO APABILA TERKANTOI DI DALAM SESEBUAH ISU SEAKAN MENJADI DOKTRIN PEMBANGKANG, MENUNDING JARI KE ARAH ORANG LAIN NAMUN PADA HAKIKATNYA, MEREKA SENDIRI YANG SEBENARNYA BERSALAH!

Isu pembangkang yang bersikap biadap ketika menghadiri hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, baru-baru ini terus dibidas. Semalam, ahli Parlimen P. Kamalanathan telah pun membuat laporan polis terhadap ahli pemimpin pembangkang yang terlibat bersikap biadap pada hari pertabalan tersebut.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, mengucapkan tahniah di atas keberanian Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan kerana telah membuat laporan polis di atas sikap biadap ahli pembangkang terbabit.

“Memang jika kita lihat sejak akhir-akhir ini, budaya politik yang dibawa oleh pembangkang, terutama di kalangan pemimpin DAP dan PKR lebih bersifat budaya politik kurang ajar. Apa saja yang ada di Malaysia ini semuanya ingin dilanggar dan disanggah mereka. Tidak ada sesuatupun yang baik bagi mereka di dalam negara ini.

“Puak pembangkang dalam berpolitik hari ini sudah tidak ada batasan. Atas nama politik, mereka rasa mereka boleh menghina, mengeji dan mengejek mana-mana pemimpin termasuklah Raja-Raja Melayu, walhal undang-undang dan sistem perlembagaan di negara ini telah diterima secara sepakat  oleh semua  kaum sejak sekian lama.

“Budaya tidak beradap yang dibawa oleh pembangkang ini  tidak boleh diterima dalam budaya masyarakat di negara ini. Inilah budaya politik baru, politik kurang ajar yang cuba dibawa oleh pembangkang hari ini,” katanya.

Tambahnya  lagi, sudah pasti, pembangkang akan menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa isu ini adalah isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, sedangkan Dr.  Rahman Kadir yang membangkitkan isu ini merupakan bekas ahli parti pembangkang.


“Seperti biasalah, puak pembangkang ini akan menyalahkan UMNO setiap kali timbul isu salah laku yang berlaku di kalangan pemimpin mereka. Menyalahkan UMNO sudah menjadi budaya dan di doktrinkan masuk dalam pemikiran pemimpin dan ahli-ahli pembangkang.

“Namun  mereka tidak sedar, rakyat sudah mulai muak dengan sikap mereka itu yang suka menuding jari pada orang lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang bersalah,” ujarnya.
Justeru itu   beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak berkata sememangnya pemimpin parti pembangkang ini tidak layak untuk menjadi pemimpin, lantaran sikap mereka yang tidak menghormati hak dan pendapat orang lain, serta suka menimbulkan isu-isu  sensitif yang menyentuh soal Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai gimik politik mereka.

“Macam mana kita nak jadikan mereka ini pemimpin negara, kalau sikap dan kelakuan mereka seperti orang yang tak ada tamadun dan budaya.

DAULAT TUANKU
“Mereka bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain, mudah menuduh dan membuat fitnah serta merasakan diri mereka itu lebih baik dari orang lain. Ini sifat-sifat orang yang sombong dan orang seperti ini tidak layak untuk memimpin dan mentadbir negara,” jelasnya lagi.


Tambah beliau lagi, sepatutnya mana-mana pemimpin pembangkang yang terbabit dalam kes penghinaan Raja-Raja baru-baru ini, apatah lagi ia berlaku di dalam Istana, perlulah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Bagi saya, mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi rakyat di negara ini. Sikap mereka yang suka membuat provokasi bertujuan  memecah belahkan rakyat  dengan tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negara sudah cukup untuk membuktikan, tiada kesetiaan dan kehormatan dalam diri mereka kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

“Jadi untuk apa mereka terus menjadi rakyat di negara jika undang-undang dan perlembagaan negara, malah  Raja-Raja Melayu di mata mereka adalah sesuatu yang boleh dibuat main-main dan diperlekehkan,” tegas beliau.

Sumber: Sahabat-Gunung


-UnReportedNews™®


PS: Tabiat asyik menuding jari kepada orang lain walaupun ternyata ianya kesalahan sendiri sebenarnya mengajar kita menjadi "denial", hidup dalam kepuraan serta tidak berpijak di bumi yang nyata

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List