Saturday, 28 April 2012

PEMBANGKANG TAKUT AKAN KEPUTUSAN PRU KE-13 NANTI

-MENYEDARI PELUANG MEMENANGI & MEMPERTAHAN KUASA DINEGERI-NEGERI TAKLUKAN MEREKA PADA PRU KE-13 ADALAH TIPIS, PELBAGAI ALASAN MERAGUI SISTEM PILIHANRAYA NEGARA INI SENGAJA DITIMBULKAN TAPI PADA HAKIKATNYA, KEKALAHAN YANG BAKAL DIALAMI PAKATAN RAKYAT ITU DISEBABKAN PEMBOHONGAN SERTA KEGAGALAN MEREKA SENDIRI MENUNAIKAN JANJI-JANJI YANG DITABURKAN PADA PRU 2008 LEPAS DITAMBAHKAN LAGI SENARIO DIMANA BN NYATA SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA!-



Tuduhan pembangkang Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam wang dari Bank Dunia hanya untuk membayar BR1M kepada rakyat adalah tidak masuk akal dan munasabah sekali yang hanya dengan tujuan iaitu untuk memburuk-burukkan kerajaan BN serta mengaburi segala pencapaian BN sebenar selama ini.

Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak menegaskan sambil menambah jika tuduhan adalah benar, pembangkang sudah pasti menunjukkan bukti bahawa Malaysia telah meminjam wang dari bank dunia untuk membayar pemberian BR1M namun mereka (pembangkang) hanya berniat untuk membuat keliru akan fakta sebenarnya.

"Saya ingin menjelaskan secara terus terang kepada rakyat Sarawak dan Malaysia yang Kerajaan BN telah membayar tunai BR1M kepada semua rakyat Malaysia daripada pendapatan hasil Negara..kita sebenarnya mengembalikan wang rakyat sendiri menerusi pelbagai jenis program bantuan yang di pekenalkan oleh kerajaan."

Najib, yang juga pengerusi BN di temani oleh isterinya Datuk Patinggi Datin Hajah Rosmah Mansur berkata sewaktu berucap dalam program "Jelajah Janji Ditepati" Peringkat negeri Sarawak yang diadakan di parker Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di Kuching di sini yang telah dihadiri oleh lebih daripada 10,000 orang pagi tadi.

"Kita mengadakan satu perhimpunan di sini (di Sarawak) namun mereka (pembangkang) juga mengadakan satu perhimpunan (Bersih 3.0) juga di Kuala Lumpur dengan alasan yang tidak masuk akal kononnya system pilihanraya (SPR) Negara kita tidak relevan lagi, tidak adil serta lebih memberi kelebihan kepada kerajaan.”

“Dakwaan mereka nyata tidak benar dan amat tidak munasabah kerana sistem pilihanraya yang (sama yang) kita guna-pakai sekaranglah yang telah membolehkan mereka (pembangkang) berkuasa dan memerintah di lima buah negeri setelah keputusan Pilihanraya Umum 2008 yang lalu."

"Saya ingin menjelaskan kepada anda semua sebab sebenar mengapa pembangkang melakukan ini (membuat demonstrasi ke atas system pilihanraya yang sedia-ada), mereka sebenarnya takut kerana tahu majoriti rakyat kini sepenuhnya menyokong BN.”

“Pembangkang tahu mereka tiada peluang untuk menang ataupun mempertahankan kuasa mereka di sekurang-kurangnya tiga buah negeri yang kini dalam kekuasaan mereka namun itu adalah kesilapan mereka sendiri kerana banyak berbohong dan tidak menunaikan janji yang mereka buat sewaktu berkempen pada pilihanraya 2008 lepas.”

Pembangkang dapat merasakan keputusan Pilihanraya yang akan datang ini akan menyebelahi BN maka mereka mencari 1,001 alasan untuk memburukkan system pilihanraya Malaysia, kata Najib lagi.

“Pelbagai jenis program yang diperkenalkan oleh BN untuk semua lapisan masyarakat; BR1M, bantuan RM100 bagi kanak-kanak sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut university dan banyak lagi telah disalurkan secara terus kepada rakyat.”

“Bantuan ini disalurkan hingga ke akar umbi atau menepati golongan yang di sasarkan oleh kerajaan sehingga membuat pembangkang berasa takut dengan bayang-bayang mereka sendiri,” tambahnya lagi.

“Semuanya ini (segala bantuan rakyat) dapat di realisasikan dengan pertumbuhan ekonomi Negara yang kukuh dalam suasana yang aman damai dan harmoni yang kita kecapi selama ini, maka saya seru semua rakyat Malaysia agar menolak fahaman atau ideologi yang lebih cenderung mengundang kepada ketidakstabilan politik, kekecohan dan porak peranda yang akhirnya hanya merugikan kita semua akhirnya.”

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan isterinya Puan Seri Ragad Kurdi-Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri persekutuan, menteri-menteri negeri dan lain-lain tetamu jemputan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List