Tuesday 5 April 2016

BN Perlu Menang Besar


Rakyat mendapat manfaat besar sekiranya Barisan Nasional (BN) Sarawak  memperolehi kemenangan majoriti besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana kemenangan itu mempengaruhi setiap keputusan kerajaan di peringkat persekutuan.

Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata apabila keputusan kerajaan persekutuan dapat dipengaruhi, ini bermakna polisi dan strategi atau inisiatif dilaksanakan di peringkat pusat membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

“Pada pilihan raya terdahulu, Sabah dan Sarawak menyumbang kemenangan besar kepada BN peringkat persekutuan sehingga kita dapat menubuhkan kerajaan.

“Hasil kemenangan itu, Sabah dan Sarawak diberi perwakilan menteri yang besar dalam kabinet persekutuan,” katanya pada pelancaran Armada Pemuda BN Zon Sibu – Misi Kemenangan di sini, petang kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Menteri Kerja Raya itu menjelaskan, kemenangan besar melambangkan sokongan dan kesepaduan rakyat memberi keyakinan bahawa BN merupakan parti terbaik yang selayaknya memimpin rakyat negeri ini.

Justeru, bagi memastikan kemenangan besar direalisasikan, seluruh Pemuda BN Sarawak menyokong penuh keputusan pemilihan calon oleh BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk PRN ini.

“Apabila kita turun, kita tidak lagi turun sebagai parti komponen tetapi kita turun di bawah satu nama iaitu Barisan Nasional.

“Oleh itu, jika diumumkan siapa sahaja calon BN kita terus pegang dan inilah calon harus kita menangkan,” katanya sambil menggesa Pemuda BN agar sentiasa bersatu hati menjamin kemenangan besar BN.

Beliau turut memberitahu, misi kemenangan besar di Zon Sibu adalah sukar kerana hanya terdapat dua kerusi dipertahankan oleh BN pada masa ini iaitu Nangka dan Bawang Assan.

Justeru, Pemuda BN Zon Sibu digesa agar merampas kembali tiga lagi kerusi BN iaitu Dudong, Pelawan dan Bukit Assek di tangan pembangkang dengan majoriti besar pada PRN nanti. - Utusan Borneo

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List