Thursday 17 March 2016

El-Nino Penyebab Cuaca Panas Sekarang, Bukan Equinox


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi merangka satu pelan tindakan dan garis panduan yang perlu diambil bagi menghadapi cuaca panas serta kering melampau yang melanda negara ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi berkata cadangan tersebut akan dibentangkan kepada Kabinet Jumaat ini, di mana antara usul penting ialah tindakan yang perlu diambil ketika suhu mencapai tahap tertentu, seperti keperluan menutup sekolah dan langkah penjagaan kesihatan, sebelum diputuskan dan diumumkan kepada masyarakat.

“Kementerian akan mencadangkan satu penubuhan jawatankuasa khas tetap bagi menangani isu cuaca panas, yang akan diletakkan sama ada di bawah kementerian ini atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bagi Membincangkan Cuaca Panas Yang Melanda Negara di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutama di utara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak disebabkan oleh fenomena El-Nino dan bukan equinox seperti didakwa sesetengah pihak.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengatakan suhu permukaan laut di Tropika Pasifik menunjukkan keadaan El-Nino kuat kini sedang melemah dan dijangka berakhir menjelang pertengahan 2016.

“Selain itu equinox bukanlah faktor yang signifikan bagi peningkatan suhu yang luar biasa di Malaysia,” katanya lagi.

Menurut Junaidi, berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar, sehingga 14 Mac lalu, sebanyak 617 kebakaran terbuka dikesan di seluruh negara dan 52 kes dikenakan tindakan kompaun. – MYNEWSHUB.CC
-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List