Tuesday 2 September 2014

TIADA ISTILAH "JIHAD-SEX" DALAM ISLAM



Umat Islam terutamanya di Malaysia diseru tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan wujudnya "jihad seks" bagi golongan wanita Islam seperti mana yang didedahkan di media baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam Islam, hubungan seks hanya dihalalkan melalui perkahwinan yang mana tidak ada timbul soal dalam bentuk jihad sedemikian.

"Ia menggunakan pendekatan yang bukan dalam konteks yang dibenarkan dalam hukum dan perkahwinan ada rukunnya seperti wali, akad ijab dan qabul, lelaki dan perempuan," jelasnya lagi.

"Kita tidak mahu perkataan jihad tersebut disalahgunakan sehingga ada timbul istilah "jihad seks" dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir dan Kafa di Pusat Latihan Sarawak hari ini.

Baru-baru ini, dilaporkan dalam sebuah laman portal berita terdapat tiga wanita negara yang pergi ke Timur Tengah bagi melakukan 'jihad seks' menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menafikan laporan tersebut yang memetik sumber jabatan itu berhubung pembabitan tiga wanita Malaysia sebagai hamba seks kumpulan ISIS malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah menegaskan laporan berkenaan bukannya diperoleh daripada sumber rasmi jabatan polis berkenaan. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List