Sunday 28 September 2014

KPD Kuching Peringatkan Ahli Parlimen DAP Supaya Cakap Biar Berfakta


KUCHING: Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek menyelar Ahli Parlimen Stampin (DAP) Julian Tan agar tidak membuat kenyataan media mengenai statistik jenayah tanpa fakta yang boleh memberi tanggapan yang salah kepada orang ramai terhadap polis .

"Kenyataan MP Stampin tersebut hanya melalui berdasarkan cakap-cakap dan andaian saja tanpa memberi statistik jumlah tempat dan waktu kejadian."

"Beliau (Julian) sepatutnya lebih peka dan membantu mangsa membuat laporan polis kerana laporan tersebut adalah penting untuk dijadikan rekod dan statistik untuk pihak polis merancangkan penugasan."

Roslan mengingatkan Julian sepatutnya tampil memberi nasihat kepada penduduk setempat bagaimana untuk menjaga harta benda masing-masing dan bukan hanya menunding jari kepada polis.

Roslan memberi respon kepada kenyataan MP Stampin yang dipaparkan di akhbar Utusan Borneo (September 26, 2014) bertajuk "Jenayah Jalanan Membimbangkan".

"Tidak dinafikan jenayah tersebut memang berlaku tetapi ianya masih terkawal dan jumlah kejadian telah menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu," katanya sambil menambah statistik jenayah IPD Kuching jelas menunjukkan penurunan.

Menegaskan kadar pertuduhan menepati KPI yang ditetapkan setiap bulan, Roslan mendedahkan pelbagai operasi juga telah dijalankan dan tangkapan setakat ini mencecah hampir 1,000 orang dan ini semuanya adalah fakta.

Berikut adalah statistik tangkapan dan tuduhan jenayah serta penyelesaian kes yang meningkat (bagi kawasan Kuching)

Perbandingan Indeks Tahunan sehingga tarikh terkini : (01hb Januari- 26hb September 2013/2014)
- 2013 : 2,046 kes @ selesai: 807 kes = (39.44%) berbanding dengan 2014 : 1,679 kes @ selesai: 829 kes = (49.73%)
- Penurunan kes sbyk: -367 kes = (-17.94%)

Bagi Jenayah Jalanan :
- 2013 : 174 kes @ selesai: 64 kes = (36.78%) berbanding dengan 2014 : 137 kes @ selesai: 54 kes = (39.42%)
- Penurunan sebanyak: -37 Kes = (-21.26%)

Jumlah Tangkapan Bagi Tempoh ( 01hb Januari - 25hb September 2014 )
1. Bunuh 302KK - 7 orang
2. Rogol - 21 orang
3. Samun Berkawan T/Senjatapi- 77 orang
4. Samun Tanpa Senjatapi- 16 orang
5. Mendatangkan Cedera- 123 orang
6. Lain-lain Curi - 202 orang
7. Curi M/Lori/Van - 35 orang
8. Curi M/Mar - 45 orang
9. Curi M/sikal: 288 orang
10. Curi Ragut- 9 orang
11. Pecah Rumah Siang hari- 47 orang
12. Pecah Rumah Malam Hari- 95 orang
Jumlah : 965 orang

Kadar Pertuduhan @ Charging Rate untuk Bulan September 2014 setakat 26/9/2014 adalah (77 Tuduh) = (40.96%)

Jumlah OP Lejang/OP Pintu & OP Rentap (01hb-25hb Sept. 2014)
1. OP Lejang :
SJR = 42 Kali

Operasi Balai/ Cawangan : 297 Kali
2. OP Pintu = 67 Kali
3. OP Rentap: 37 kali

Statistik Ops Dadu/mesin komputer mulai 1.1.2014 - 25.9.2014
Jum. serbuan : 153 kali
Jum. tangkapan: 225 org
Jum. rampasan: 1878 unit komputer.
Jum. Tuduh : 133 orang

Menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama membuat laporan polis jika berlaku sebarang kejadian jenayah, Roslan menekankan membuat andaian pihak polis tak boleh buat apa-apa adalah tidak tepat, kerana jika masyarakat memberi kerjasama kita amat yakin sesuatu kes itu mudah diselesaikan.

"Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada pihak polis untuk membantu masyarakat semua ... berilah sebanyak mungkin maklumat kepada pihak polis," tambahnya lagi. -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Statistik yg diberi menunjukkan bahawa hanya dlm lingkungan 50% sahaja bagi setiap kes pihak polis dpt selesaikan. Ini bermakna separuh kes tiada penyelesaian, buntu maklumat dan NFA. Orang ramai digesa untuk sentiasa waspada bagi mengelakkan diri, keluarga dan harta benda dpd menjadi perhatian dan mangsa penjenayah. Bantulah polis untuk menyalurkan maklumat agar keharmonian hidup kita terjamin bebas dari jenayah. Benteras jenayah.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List