Tuesday, 4 June 2013

JANGAN SALAHKAN MELAYU!

-SALAHKAN RAKAN-RAKAN KAMU YANG TERLALU "AMBITIOUS" TU! TAK RETI DI BERI MUKA MACAM "KADUK NAIK KE JUNJUNG"! KEKEKE!!!-

Bukannya kerana bangsa Melayu ni terlalu lembab atau bodoh sehinggakan senang-senang bangsa lain nak ambil kesempatan atau apa cuma tradisi kami ni yang telah dihajar mak-bapak kami agar menghormati dan melayani tetamu, rakan taulan dan jiran-jiran secara sopan.

Apabila tetamu singgah ke rumah kami, kami buka pintu pagar halaman serta pintu rumah kami seluas-luasnya, kami ajak mereka makan dan minum di ruang tamu serta berkongsi dengan apa saja yang ada didalam dapur kami, kita jamukan bersama.

Sekiranya tetamu ingin melihat keadaan rumah kami, dan seandainya mereka betul-betul berhajat nak melihat seluruh rumah kami pun kami akan izinkan sehinggakan ke bilik tidur sekali pun.

Seandai tetamu ingin menumpang bermalam sekalipun, insyaAllah kami akan izinkan jua.

Tapi itu bukan bermaknanya kami ni orang Melayu ni terlalu bangsat sehingga senang-senang nak diinjak atau dipijak-pijakkan kepala!

Tetamu-tetamu kami seharusnya tahu had kesabaran kami, janganlah nak naik kepala, janganlah nak mainkan agama kami, janganlah sampai perlekeh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam!


Cuba hargai "hospitality" yang telah orang Melayu berikan selama ini, jangan macam "kaduk naik ke junjung" pulak! Janganlah sampai ke tahap kehadiran kamu kat sini tidak di ingini lagi! 

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Saya menyokong pandangan ini. Kepada masyarakat yang saranan di atas ditujukan, ingatlah.. Prof Khoo Kay Khim pernah menyatakan Orang Melayu laksana harimau atau singa yang sedang tidur. Jangan dikejutkan harimau atau singa yang tidur ini kerana kalau ia sedar.... sedialah kamu. Wahai orang Melayu.... sedarlah....

    ReplyDelete
  2. kalau betul macam harimau tidur tak apa la, jangan jadi macam harimau mati makin lama makin mereput.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List