Saturday, 16 August 2014

TERKINI: SEORANG LAGI ADUN PAS KENA BAHANA LANGGAR LAFAZ BAIAH?!!!


Semalam ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dikhabarkan telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur apabila mengadu sakit dada dan dikatakan berada  di dalam keadaan yang kritikal. (klik sini)

Rata-rata komuniti Islam percaya Saari telah terkena "laknat" kerana telah memungkiri sumpah Baiah yang beliau telah lafazkan. Allahuallam.

Sebentar tadi aku menerima pesanan Whatsapp yang berbunyi:

Kediaman ADUN Morib,Selangor, Hasnul Baharuddin di Taman Muhibah,Banting dipecah masuk kira-kira jam 4 pagi tadi. Mengikut sumber keluarga terdekat, wang tunai RM250,000, barang kemas dan beberapa barang berharga berjaya dilarikan pencuri. Bagaimanapun Adun berkenaan dan keluarganya selamat. Difahamkan sehingga jam 1 tengahari ini Adun berkenaan belum membuat sebarang laporan polis.

Sekiranya benar, ianya terjadi, apakah Hasnul juga telah diperturunkan laknat sedemikian rupa setelah beliau telah melanggari sumpah Baiah seperti Saari? 

Pembalasan Tuhan datang dalam pelbagai rupa, situasi dan variasi, ade yang datang dengan secara "cash" dan mendadak dan sebagai orang Islam, kita harus mengambil sesuatu kejadin sebagai satu iktibar dan pengajaran.

Sekiranya benar berita ini,  beberapa persoalan yang timbul.. bagaimana seorang ADUN boleh ada wang tunai sebanyak RM250,000 di rumahnya? Masyuk nampak?, Sekiranya benar dirompak, mengapa hingga tengahari ini beliau  tidak berani buat laporan polis? 

Segala-galanya hanya Allah yang tahu. Allahualam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List