Tuesday, 12 August 2014

MALU BETUL, PERMOHONAN WAN AZIZAH KIPAS SERTA SUAMI MENGHADAP SULTAN SELANGOR TIDAK DIPERKENANKAN!!


PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadap baginda bagi menjelaskan mengenai situasi terkini politik di negeri itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenan untuk menerima menghadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Khalid sebagai ahli PKR merupakan isu dalam parti itu dan tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Selain itu, Mohamad Munir mengesahkan bahawa pihak istana Selangor menerima surat yang ditandatangani Anwar pada Ahad lalu bertujuan memohon bagi pihak Dr Wan Azizah untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung keputusan PKR memecat Abdul Khalid.

Jelasnya lagi, surat berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin pada Isnin. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. DULU MASA BERKUASA PAKATAN HARAM NI LANGSUNG TAK HORMAT SULTAN, HARI NI TERHEGEH2 NAK MENGADAP......SULTAN TAK BODO.......DIA KASI SMASH SATU PUKULAN JA KO TERUS

    HIDUP SULTAN MELAYU, BARU ADA KELAS ------ SEBAB TU DAP DOK TARAM KAT SULTAN

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List