Sunday 7 July 2013

TIGA ATLET SUKMA DISYAKI TERLIBAT KES ROGOL BERKUMPULAN DITAHAN!

-SASPEK-SASPEK TERSEBUT YANG DISYAKI TERLIBAT DALAM KES YANG DIKLASIFIKASIKAN MENGIKUT SEKSYEN 376 KANUN KESEKSAAN KERANA MEROGOL BERHADAPAN DENGAN PENJARA MAKSIMUM 20 TAHUN PENJARA & SEBATAN JIKA SABIT KESALAHAN!-

Tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita.

Ketiga-tiga remaja itu yang dilaporkan mStar telah ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya.

Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.

Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.

Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi.

Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir.

DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran.

Sehubungan itu, Bernama melaporkan polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rogol yang dilaporkan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet pada Sabtu untuk membantu siasatan.

Namun maklumat terkini mengenai perkara berkaitan adalah, tiga saspek berkenaan telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang PEGAWAI PENGIRING ATLET bola baling wanita SUKMA 2013.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi Bernama telah mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

“Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Atlet lelaki bola baling merogol atlet perempuan bola baling?

    Bola baling = kegemaran cinabeng

    minum todi = kegemaran cinabeng

    disiasat oleh polis cina = atlet cinabeng???

    kenapa tak dedahkan pada media...takut dikatakan rasis?

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List