Sunday 12 May 2013

ORANG ASING PUN AKUI KEKALAHAN, ANWAR & PAKATAN BILA LAGI?

-SETIAP PERTANDINGAN, PERADUAN, PERLUMBAAN ATAUPUN PILIHANRAYA, SEMESTINYA  ADA PIHAK YANG MENANG & SEBALIKNYA, KITA BOLEH LIHAT BAGAIMANA SIR RICHARD YANG REDHA MENERIMA KEKALAHANNYA DENGAN CARA YANG "BEGITU GENTLEMAN" SEKALI TANPA MERUNGUT MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN ITU .. BERBANDING DENGAN ANWAR, ISK, JAUH PANGGANG DARI API! KEKEKE!!!-

Pengasas dan Pengerusi Virgin Group Sir Richard Branson (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez (kiri) tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, di Kuala Lumpur tengahari tadi. 

Branson dan Fernandez yang dilaporkan Bernama telah tiba pada 12.30 tengah hari, dengan pesawat khas AirAsia X melalui penerbangan amal, yang berlepas dari Perth, Australia. 

Derma telah berjaya dikumpul dan didermakan kepada Yayasan Kanak-Kanak Starlight, Australia. 

Pada Disember 2009, Branson telah mencabar pasukan Lotus F1 Fernandes untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing dalam Formula 1 2010 di mana yang kalah akan berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan pemenang, Branson telah kalah dan perlu melaksanakan janjinya.

Hartawan penerbangan Sir Richard Branson mendarat di Kuala Lumpur tengah hari tadi dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas dan beliau berlepas dari Perth pagi Ahad dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.

The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya manakala, terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu apabila kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa menaiki belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa.

"Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP yang juga menambah, "Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."

Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal dan juga berkata, "Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan dan dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit."

Lain pula dengan Ketua Umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bagaikan meroyan pada tahap kronik kerana gagal mencapai cita-citanya ingin menjadi Perdana Menteri negara ini yang diketahui umum sudah terpasang sejak lebih dua dekad dahulu.

Pelbagai cara dan propaganda yang beliau dan kuncu-kuncunya bangkitkan demi mendapat sokongan orangramai agar tidak menerima keputusan PRU-13 baru-baru dengan penuh kesyukuran dan kesabaran sebaliknya, lebih menjurus kepada keinginan memulakan "Malaysia Spring" atau demonstrai besar-besaran yang pastinya berkesudahan merugkan rakyat dan negara ini sendiri.

Cukuplah rakyat diperkotak-katikkan oleh nafsu sarakah seorang individu keciwa dengan keadaan (keputusan PRU-13), yang nyata hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan kemakmuran negara serta tiada langsung sebarang rasa hormat kepada undang-undang yang sedia dan amat jelas sekalli beliau terlalu daif dari ciri-ciri yng harus dimiliki oleh seorang pemimpin dari masyarakat Islam yang bertamadun!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List